saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 18/02/2010

500 ahli parti, NGO bantah


Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin mengetuai lebih 500 ahli Pemuda BN, pertubuhan bukan kerajaan dan penulis blog berhimpun secara aman di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia, Kuala Lumpur, semalam bagi membantah campur tangan 50 ahli Parlimen Australia dalam sistem perundangan negara. Turut serta, Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim (lima dari kanan). UTUSAN/HAIFUDIN MOHD. NOR


KUALA LUMPUR 17 Feb. - Hampir 500 individu dari parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun dan berarak secara aman di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia di Jalan Yap Kwan Seng di sini hari ini.

Mereka berhimpun bagi membantah tindakan kerajaan Australia yang dilihat cuba masuk campur dalam pertuduhan liwat ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perhimpunan yang bermula kira-kira pukul 9 pagi itu membabitkan ahli Pergerakan Pemuda UMNO dan MIC, Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Parti Makkal Sakti Malaysia serta Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

Kesemua mereka dilihat berhimpun di sebuah restoran di jalan tersebut sebelum berarak ke pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia kira-kira 45 minit kemudian.

Hujan renyai-renyai tidak menghalang kumpulan itu meneruskan perarakan dengan melaungkan slogan Mind your own business sambil membawa beberapa kain rentang.

Sepasukan anggota polis termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat berkawal di pekarangan pejabat suruhanjaya tinggi itu seawal pukul 8 pagi.

Memorandum bantahan tersebut diserahkan secara berasingan oleh Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Datuk Razali Ibrahim, manakala Ketua Pemuda MIC, T. Mohan dilihat memasuki laluan keselamatan di pejabat suruhanjaya tinggi terbabit pada pukul 10.05 pagi.

Ia diikuti oleh Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, R. S. Thanenthiran pada pukul 10.40 pagi, manakala Timbalan Pengerusi BNBBC Datuk Bung Mokhtar Radin masuk 25 minit selepas itu bersama Datuk Ibrahim Ali.

Seramai 50 Ahli Parlimen Australia baru-baru ini meminta supaya kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Anwar.

Berikutan tindakan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam meminta Wisma Putra agar memberi penjelasan mengenai kedudukan sebenar perkara itu kepada Ahli Parlimen berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia itu berada dalam keadaan terkawal.

Beliau berkata, kesemua wakil pertubuhan yang menyerahkan memorandum hari ini tidak memohon permit untuk mengadakan perhimpunan dan perarakan itu.

"Namun, tiada insiden yang luar biasa berlaku sepanjang perhimpunan kali ini dan polis tidak menahan mana-mana individu," katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.