saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 18/02/2010

Seludup rokok kretek gagal

JOHOR BAHRU 17 Feb. - Tiga lelaki warga asing ditahan bersama 325 karton rokok kretek dan putih yang cuba diseludup masuk ke negara ini melalui perairan Beacon Tanjung Piai di Pontian semalam.

Timbalan Komander Markas Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 2, Supritendan N. Kalai Chelvan berkata, kumpulan lelaki yang berusia antara 20 hingga 35 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3.30 petang semasa membawa barangan seludup tersebut.

Katanya, sebuah bot laju PGM yang menjalankan operasi di perairan tersebut mengesan sebuah bot laju yang mencurigakan pada kedudukan 2.38 batu nautika perairan Tanjung Piai.

Ketika cuba dihampiri, katanya, bot tersebut memecut laju untuk melarikan diri.

"PGM terpaksa mengejar bot itu selama beberapa minit sebelum berjaya menahannya. Sebaik sahaja diperiksa, kami menemui rokok kretek dan rokok putih pelbagai jenama dalam bot tersebut.

"Nilai rampasan rokok adalah RM36,713.25 manakala nilai rampasan keseluruhan termasuk nilai bot dan enjin ialah RM76,985.25," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kalai Chelvan berkata, kesemua rampasan termasuk sebuah bot gentian dan enjin kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian untuk tindakan lanjut.

Menurut beliau lagi, kes ini disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 iaitu mengangkut atau membawa barangan dilarang. Manakala kesemua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen kerana memasuki negara ini tanpa dokumen sah.

Pihaknya mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai bagi bersama-sama membanteras kegiatan penyeludupan termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.