saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 19/02/2010

Kempen kurang makan gula


Ismail Sabri Yaakob merasmikan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula Daerah Sipitang di Dewan Serbaguna Pekan Sipitang, Sabah, baru-baru ini sambil disaksikan oleh Sapawi Ahmad (kiri) dan Pengarah KPDNKK, Jaafar Walad (dua dari kanan).


SIPITANG 18 Feb. - Gula merupakan bahan tambahan yang mampu menjadikan makanan dan minuman amat menyelerakan.

Bagaimanapun, jika diambil berlebihan ia boleh menjadi 'racun' merosakkan tubuh manusia secara perlahan-lahan.

Pengambilan gula berlebihan menyebabkan seseorang itu menghidap pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, tulang rapuh dan kanser.

Selain itu, Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendapati orang yang meminum minuman bergas dan minuman berasaskan sirap dua kali sehari atau lebih, menanggung risiko 90 peratus lebih tinggi dijangkiti kanser pankreas dan kulit berbanding mereka yang tidak meminumnya.

Apa yang pasti, pengambilan gula berlebihan nyata mengundang kemudaratan.

Oleh itu, atas kesedaran ini, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjalankan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula di seluruh negara.

Di Sabah, kempen itu bermula selepas pelancaran oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Azizah Mohd. Dun.

Dalam ucapannya, Ismail Sabri memberitahu, kadar penggunaan gula oleh rakyat negara ini masih tinggi sehinggakan ia terpaksa menjadi barang kawalan oleh kerajaan.

Katanya, secara purata rakyat Malaysia mengambil 26 sudu gula sehari, iaitu tiga kali ganda berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu sebanyak 10 sudu teh gula sahaja.

Ini termasuklah gula yang terdapat dalam makanan harian iaitu beras, roti, jus minuman dan susu.

''Pada tahun lepas, penjualan gula untuk keperluan domestik negara mencecah 803,318 tan metrik setahun. Ini menjadikan Malaysia sebagai negara kelapan tertinggi di dunia dalam senarai penggunaan gula," katanya.

Sehubungan itu, beliau menambah, kempen berkenaan bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai akibat penggunaan gula secara berlebihan dalam diet seharian kepada kesihatan.

Ismail Sabri berkata, menerusi kempen itu diharap orang ramai dapat mengurangkan pengambilan gula dalam menu harian mereka dan mengamalkan pemakanan yang lebih sihat.

Menurut beliau, pemakanan gula akan mengganggu keseimbangan fungsi tubuh kerana asid berlebihan dalam badan.

Katanya, tidak dinafikan pengambilan gula di kalangan orang muda menyebabkan kadar obesiti golongan remaja meningkat selain kerosakan gigi terutama bagi kanak-kanak.

''Sebagai menteri yang menjaga pengguna, kita mahu nasihatkan pengguna supaya tidak beli 'penyakit' (dengan mengambil gula berlebihan," ujarnya.

Beliau turut mengingatkan bahawa soal penjagaan tidak sepatutnya diserahkan kepada Kementerian Kesihatan semata-mata, tetapi perlu disokong oleh semua pihak termasuk pengguna.

Mengikut laporan Persatuan Diabetes Malaysia, bilangan pesakit diabetes di Malaysia kini mencecah 1.2 juta orang dan meningkat setiap tahun.

Sementara itu, Laporan WHO pula menjangkakan jumlah pesakit diabetes di negara ini akan bertambah 2.5 juta menjelang 2030.

''Di Sabah, pesakit diabetes mencatatkan jumlah yang paling rendah iaitu 4.9 peratus berbanding 14.9 peratus bagi seluruh negara," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.