saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 19/02/2010

Industri ikan kelisa jejas sawah padi

IPOH 18 Feb. - Dua tahun lalu, penternakan ikan kelisa di kaki Bukit Merah yang terletak dalam daerah Kerian dekat Bagan Serai, hanya diusahakan oleh beberapa anak muda Melayu.

Kejayaan mereka menghasilkan benih ikan kelisa berkualiti tinggi telah menarik perhatian banyak pihak.

Hanya dalam tempoh yang singkat, kawasan tersebut telah berubah wajah menjadi sebuah industri penternakan ikan kelisa.

Malangnya, industri yang wujud bukannya memberi faedah kepada penduduk tempatan sebaliknya membuka ruang kepada para pengusaha luar termasuk negara jiran meraih keuntungan besar.

Lebih memburukkan keadaan, permintaan yang tinggi untuk membuka kolam ternakan ikan kelisa di kalangan pengusaha terbabit, mendorong penduduk tempatan menjual tanah mereka.

Kesannya, banyak tanah yang sebelum ini diusahakan dengan tananaman padi kini menjadi kolam pembiakan ikan kelisa.

Tanpa disedari, kedudukan Kerian sebagai Jelapang Padi yang membekalkan sumber makanan negara kini juga bertukar fungsi.

Sehubungan itu, kerajaan negeri Perak telah mengambil pendekatan mengehadkan zon kebenaran menjalankan aktiviti tersebut kepada 182 hektar (450 ekar) sahaja.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, langkah itu perlu kerana pihaknya tidak mahu kegiatan tersebut menjejaskan kedudukan Kerian sebagai Jelapang Padi negara.

''Ada beberapa perkara yang dipertimbangkan sebelum mengambil keputusan ini. Satunya, berlaku penjualan tanah secara berleluasa kepada pihak di luar Perak termasuk negara jiran.

''Kedua, kawasan ini adalah Jelapang Padi yang penting sebagai sumber menghasilkan makanan negara," katanya selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Menurut Zambry, keresahan akibat berlaku penjualan tanah secara berleluasa kepada orang luar, telah dibangkitkan oleh penduduk tempatan sendiri.

Malah, katanya, UMNO Bahagian Bagan Serai juga telah membuat laporan polis berhubung apa yang berlaku itu.

''Saya telah membawa masalah ini kepada pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan memaklumkan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Datuk Noh Omar).

''Dalam masa sama, kerajaan negeri telah mengarahkan Pejabat Daerah dan Tanah terbabit menjalankan siasatan lanjut. Kita bimbang jika dibiarkan, akan wujud kesan lain," kata beliau.

Zambry berkata, apa yang dikesalkan pihaknya ialah industri bernilai tinggi tersebut lebih memberi kebaikan kepada pihak luar yang didapati memonopoli perniagaan tersebut.

''Tidak dinafikan ada pengusaha anak tempatan yang berjaya (dalam bidang ini) tetapi sekarang kita melihat ia lebih memberi peluang pada orang lain meraih keuntungan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.