saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 20/02/2010

'Baju Merah' tunjuk perasaan depan Bangkok Bank


PENYOKONG Thaksin Shinawatra yang memakai baju merah mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran di hadapan bangunan ibu pejabat Bangkok Bank di Bangkok, semalam. - REUTERS


BANGKOK 19 Feb. - Penyokong bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra mengadakan demonstrasi di kawasan perniagaan ibu negara ini hari ini, seminggu sebelum mahkamah dijadual memutuskan sama ada kerajaan akan merampas aset Thaksin yang bernilai AS$2.2 bilion (RM7.48 bilion).

Kedutaan-kedutaan Amerika Syarikat (AS), Britain, Australia dan negara lain mengeluarkan amaran kepada rakyat masing-masing supaya menjauhi perhimpunan politik dalam beberapa hari akan datang kerana keganasan dikhuatiri boleh meletus.

Kira-kira 1,500 aktivis 'baju merah' yang pro-Thaksin berhimpun di depan ibu pejabat Bangkok Bank di Jalan Salom dan ramai lagi dijangka menyertai mereka lewat hari ini.

Sasaran protes hari ini ialah Jeneral Prem Tinsulanonda yang didakwa memainkan peranan utama dalam rampasan kuasa tentera yang menggulingkan Thaksin pada 2008.

Selain menjadi presiden Majlis Privi yang memberi nasihat kepada raja Thai, Prem juga berkhidmat sebagai penasihat kepada Bangkok Bank, antara bank terbesar di Thailand.

Barisan Demokrasi Bersatu menentang Pemerintahan Diktator yang secara tidak rasminya dikenali sebagai gerakan 'baju merah' mendakwa Prem membantu mengatur pembiayaan menerusi Bangkok Bank untuk membina sebuah padang golf yang mencerobohi Taman Perlindungan Hidupan Liar Khao Soi Dao di tenggara Thailand.

Gerakan baju merah itu kebanyakannya terdiri daripada penyokong Thaksin tetapi turut menggabungkan puak-puak yang tidak menyokong beliau tetapi menentang rampasan kuasa itu serta langkah tidak demokratik yang lain.

Sejak beberapa hari lalu, kerajaan mula mengerahkan kira-kira 20,000 anggota pasukan keselamatan untuk menghadapi protes menjelang keputusan mahkamah mengenai aset Thaksin pada 26 Februari ini.

Mahkamah Agung akan memutuskan sama ada aset Thaksin di Thailand diperoleh secara korup dan perlu dirampas oleh pihak berkuasa atau tidak. - AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.