saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 20/02/2010

Memelihara capal warisan


Mohammad Amin Mustafa (kanan) menunjukkan sebahagian daripada capal yang telah dihasilkannya, selain capal gergasi kepada Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka, Khamis Abbas (tiga dari kiri) yang melawat bengkel membuat capal di Melaka, baru-baru ini. - UTUSAN/Nas Norziela Nasbah


MELAKA 19 Feb. - Sedar atau tidak, capal yang menjadi sebahagian daripada warisan Melayu kini semakin dilupai oleh masyarakat sekarang terutama di kalangan generasi muda.

Mengimbau sejarah capal, ia dikatakan dibawa oleh pedagang India yang memakai selipar jenis tersebut ketika mereka datang ke Tanah Melayu dan Nusantara beratus tahun lampau.

Capal kemudian menjadi popular di kalangan bangsawan Melayu pada satu masa dahulu, malah ia kekal dipakai dalam kehidupan seharian pada era 1980-an.

Melihat pada perusahaan capal di negara kini, ia hanya dihasilkan secara kecil-kecilan memandangkan pembuatannya yang agak rumit selain memerlukan kepakaran.

Keadaan itu menyebabkan capal tidak banyak dijual seperti kasut-kasut lain yang menjadi kegemaran khalayak pada masa kini.

Namun begitu, capal masih digunakan pada majlis perkahwinan apabila menjadi pilihan kebanyakan pengantin lelaki selain pada Hari Raya Aidilfitri.

Capal biasanya dipakai apabila berbaju Melayu kini telah mengalami transformasi apabila ramai yang memakainya dengan pelbagai jenis fesyen pakaian.

Menyedari capal adalah warisan yang perlu dipelihara serta dikekalkan, Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) menganjurkan bengkel teknik membuat capal baru-baru ini.

Bengkel selama sehari itu disertai 40 orang termasuk peserta dari Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan Yayasan Warisan Johor selain penduduk tempatan.

Bengkel ini bertujuan menarik minat mereka yang terlibat untuk mengetahui cara pembuatan capal dengan lebih dekat.

Sepanjang bengkel ini berlangsung, peserta didedahkan dengan cara-cara pembuatan capal oleh seorang pengusaha tunggal capal yang terkenal di negeri ini, Mohammad Amin Mustafa, 47.

Menurut Mohammad Amin, pembuatan capal mengambil masa yang panjang dan sukar jika seseorang itu tidak mempunyai kepakaran serta teknik.

Beliau berkata, kesabaran perlu ada dalam menghasilkan pembuatan capal dan kepuasan dapat dicapai selepas capal siap serta sudah boleh dipakai.

Menurutnya, capal yang popular adalah berwarna hitam, coklat dan putih tetapi warna lain juga dibuat jika mendapat tempahan pelanggan.

Sementara itu, Pengurus Besar Perzim, Khamis Abbas berkata, bengkel ini dianjurkan pihaknya kerana ingin mengekalkan warisan Melayu yang kini semakin dilupakan.

''Pihak Perzim yakin, dengan penganjuran bengkel sebegini ia mampu menarik perhatian peserta dalam menghasilkan capal sendiri ataupun menggalakkan budaya memakai capal.

''Bengkel ini juga memberi kesedaran kepada kita agar penggunaan capal yang menjadi warisan itu tidak terkubur begitu saja dan terus dipakai dalam kehidupan seharian," katanya.

Menurut Khamis, pihak Perzim akan berusaha menganjurkan lebih banyak bengkel pada tahun ini khususnya program yang melibatkan warisan negeri.

''Bukan sahaja melibatkan penduduk tempatan dan pelajar sekolah, bengkel-bengkel warisan yang bakal dianjurkan bakal menarik minat pelancong luar negara.

''Keadaan ini dapat menarik perhatian mereka dalam mempamerkan warisan negeri ini yang sememangnya mempunyai pelbagai khazanah dan sejarahnya tersendiri,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.