saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/02/2010

Pijah menangis rindukan Sarjo

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Kepulangan Noorlaili Afizah Omar atau Pijah ke rumahnya pada malam kelmarin setelah seminggu menghilangkan diri bersama kekasih warga Indonesia, sepatutnya menggembirakan keluarga gadis ayu berusia 19 tahun itu.

Tetapi keadaan sebaliknya berlaku, apabila dia menjadi murung, suka menyendiri dan tidak selera makan gara-gara masih angau dengan kekasih yang ditinggalkan itu.

Keadaan Pijah yang menyedihkan itu diceritakan oleh bapanya, Omar Mahmud, 56, kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Omar, sejak pulang ke rumah malam kelmarin, Pijah tidak berhenti menangis teringatkan Sarjo atau Abang Jo dan terbayang-bayang wajah lelaki itu walaupun ketika itu memandang orang lain.

Bimbang melihat keadaan anaknya yang tidak keruan, Omar hari ini membawa Pijah menemui pakar perubatan tradisional untuk memulihkan semangatnya.

"Pijah memaklumkan kepada saya, dia sampai sekarang tidak boleh melupakan Sarjo. Wajah lelaki itu terbayang-bayang di matanya sampaikan dia hilang selera makan dan tidak berhenti menangis kerana amat rindukan kekasihnya itu.

"Melihat keadaannya itu, kami sekeluarga terpaksa memerhatikan Pijah sepanjang masa kerana bimbang dia sekali lagi melarikan diri untuk menemui lelaki terbabit," katanya.

Malam kelmarin, Pijah yang sudah seminggu menghilangkan diri mengikut Sarjo, akhirnya pulang ke pangkuan keluarga.

Dia yang sebelum itu merancang melarikan diri untuk berkahwin dengan Sarjo ke Jawa Timur, mengambil keputusan pulang ke rumah sehari sebelum bertolak ke negara jiran itu selepas teringatkan ibu bapa dan keluarganya.

Selama seminggu menghilangkan diri, gadis itu bersembunyi dengan kekasihnya di sebuah kawasan setinggan di Sungkai, Perak sedangkan dalam tempoh itu dia disangka sudah berada di Indonesia.

Semalam, di hadapan para wartawan, Pijah mengaku sangat kesal dengan perbuatannya dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.

Menurut Omar, selain berubat cara tradisional, dia juga berhasrat membawa anaknya itu menemui pakar kaunseling bagi mendapatkan kembali keyakinannya.

"Hari ini saya membawa Pijah berubat dengan seorang pakar perubatan tradisional di sini. Jika keadaannya tidak berubah, saya nak bawa Pijah pulang ke kampung saya di Yan, Kedah," katanya.

Omar juga percaya Sarjo masih berada di negara ini meskipun anaknya itu mendakwa lelaki berkenaan sudah kembali ke negara asalnya.

Dalam pada itu, Omar mendedahkan ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan daripada kehilangan Pijah baru-baru ini untuk menuntut wang tebusan.

"Selepas kisah kehilangan Pijah dilaporkan oleh media, saya ada menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dari individu tidak dikenali meminta wang tebusan sebanyak RM1,500.

"Penghantar SMS itu mengambil kesempatan daripada insiden yang berlaku untuk menipu saya dan saya amat kesal dengan perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini," ujarnya sambil memberitahu perkara itu sudah dimaklumkan kepada polis.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.