saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/02/2010

Tasha tak pinjam bank


TASHA (kanan) bersama Fahrin Ahamad (kiri) dan pelakon Dalil Cinta.


Nama Tasha Aziz pada lewat tahun 1980-an cukup popular menerusi drama-drama terbitan HVD tetapi sejak kebelakangan ini kehadirannya agak terbatas. Mungkin ada yang beranggapan Tasha atau nama sebenarnya Tengku Noraishah Tengku Abdul Aziz,39, sudah meninggalkan dunia seni. Sebenarnya tidak.

Wanita jelita yang kekal langing ini masih aktif dengan kerja-kerja di belakang tabir selepas membuka syarikat produksinya sendiri, Temenggung Pictures.

Beroperasi sejak setahun lalu, sehingga hari ini syarikat itu sudah menerbitkan tujuh buah drama yang dikongsi dengan rakannya Muhd. Ruslan Osman.

Kata Tasha, bukan mudah membuka sebuah syarikat produksi jika ia tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Tetapi wanita ini yakin hasil pengalamannya dalam bidang seni membuatkan dia mampu untuk mengendalikan sebuah rumah produksi dan melakukan kerja-kerja penerbitan drama.

Percaya atau tidak ujar Tasha dia tidak membuat apa-apa pinjaman bank untuk memperkukuhkan syarikat itu sebaliknya menggunakan wang ringgit sendiri.

Itulah hasilnya selepas rezeki dalam bidang lakonan yang dikumpul selama ini akhirnya dapat memberi peluang untuk dia membuka sebuah syarikat.

"Saya bertuah kerana dapat mengemudi sebuah production house dengan baik sejak setahun lalu dan hasilnya tujuh buah drama berjaya dihasilkan," katanya.

Persaingannya yang sengit daripada syarikat-syarikat lain tidak mematahkan semangat wanita ini sebaliknya menjadikan ia sebagai kekuatan untuk bersaing.

Terbaru kata Tasha dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama romantik komedi Dalil Cinta yang akan disiarkan menerusi slot Cerekarama, TV3 pada 6 Mac akan datang.

Drama tersebut mengisahkan Nisa (Sharifah Amani) yang baru tamat belajar dikahwinkan dengan seorang mekanik iaitu Zarif (Fahrin Ahmad).

Malangnya Nisa masih tidak mahir dengan kerja-kerja di dapur sehingga terpaksa membeli makanan dari luar ketika ibu mertua datang ke rumah.

Sikap Nisa itu menimbulkan rasa tidak senang ibunya menyebabkan dia diserang oleh ibu sendiri ketika berada di rumah.

Nisa bagaimanapun berjanji untuk mengubah sikapnya dan menjadi isteri yang lebih bertanggungjawab.

Kata Tasha, selain dia, Amani dan Fahrin Ahmad, drama tersebut turut dilakonkan oleh Liza Abdullah, Didie Alias serta Wan Norazlin.

Menjadikan Kuala Lumpur sebagai lokasi penggambaran, Dalil Cinta adalah sebuah komedi yang cukup menarik kerana ia memaparkan kisah hidup sebenar sesetengah wanita pada hari ini.

Drama yang ditulis oleh Che Li itu merupakan gandingan serasi Fahrin dan Amani selepas kerana mereka pernah bertemu menerusi filem Puaka Tebing Biru sebelum ini.

"Saya melihat Fahrin dan Amani ada keserasian kerana mereka pernah berlakon bersama. Dalam masa yang sama Liza Abdullah dan Didie Alias dapat memberikan hasil lakonan yang cukup kelakar," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.