saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 21/02/2010

Hikayat Merong Mahawangsa ke 25 buah negara

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Walaupun hanya lapan minit daripada satu jam 50 minit sedutan aksi-aksi menarik filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) ditayangkan ketika di European Film Market, Berlin, baru-baru ini, ia telah berjaya menarik sebanyak 25 buah negara untuk mendapatkan hak pengedaran filem tersebut.

Filem epik terbitan KRU Studios arahan Yusri Abdul Halim itu berjaya menarik minat sejumlah pembeli antarabangsa semasa berlangsungnya program pasaran filem dari 11 Februari hingga hari ini walaupun filem itu belum selesai proses produksinya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim, antara negara yang bersetuju untuk membeli hak pengedaran filem HMM ialah United Kingdom, Perancis, Jerman, Rusia dan negara Asia Barat.

"Saya amat bersyukur kerana walaupun HMM masih dalam proses pasca produksi namun ia telah mendapat sambutan di luar negara. Kami menjangka permintaan akan bertambah apabila dipromosikan di program pasaran filem antarabangsa yang lain kelak.

"Setakat ini, jumlah penjualan HMM kepada 25 buah negara ini sudah mencapai jutaan ringgit dan ia belum termasuk jumlah keuntungan apabila filem ini ditayangkan kelak. Ini menjadikan HMM terbitan tempatan paling berjaya dari segi penjualan antarabangsa setakat ini.

"Namun, untuk pasaran luar negara, HMM ditukar tajuk menjadi The Malay Chronicles dan terpulang kepada negara tersebut untuk mengekalkan bahasa yang digunakan atau dialih bahasa," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

HMM yang menjalankan pengambaran dari Jun hingga Ogos tahun lalu dijangka siap pada Jun ini.

Filem epik yang menelan kos penerbitan RM8 juta ini akan turut terlibat dengan promosi pada program pasaran filem antarabangsa lain seperti Hong Kong Film Market, Cannes Film Festival dan American Film Market kelak.

Menurut Norman, dia yakin HMM akan terus mendapat sambutan dan meningkatkan lagi penjualan di negara-negara lain sehingga mencapai 50 hingga 60 buah negara yang membelinya.

Filem HMM yang ditulis oleh Amir Hafizi ini mengisahkan tentang seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan.

Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.

HMM ini diterajui oleh pelakon tempatan dan luar negara seperti Stephen Rahman Hughes, Gavin Stenhouse, Jing Liu, Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Datuk Rahim Razali dan Ummi Nazeera.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.