saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 22/02/2010

Hapuskan perbalahan dalaman

MARAN 21 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat menghapuskan segala bentuk persengketaan dan perbalahan dalaman yang dilihat menjadi punca kelemahan parti.

Beliau yang juga Timbalan Presiden parti menegaskan, masalah itu tidak boleh dipandang remeh kerana kajian menunjukkan ia menjadi punca utama kegagalan calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi pada pilihan raya lalu.

Sehubungan itu beliau mengingatkan kedudukan UMNO dan BN adalah kritikal jika masalah dalaman seumpama itu tidak diselesaikan segera.

''Kegagalan itu berdasarkan kajian yang dibuat selepas pilihan raya umum lalu bagi mencari punca sebenar kenapa UMNO dan BN gagal mempertahankan kemenangan (majoriti) dua pertiga dalam pilihan raya umum lalu itu.

''Jika tiada perubahan dilakukan, kita (UMNO) tidak mampu bertahan," katanya ketika berucap menutup Konvensyen UMNO Pahang di Universiti Teknologi Mara Kampus Khazanah Alam, Bandar Jengka dekat sini hari ini.

Konvensyen selama tiga hari yang berakhir hari ini dihadiri 1,400 peserta yang terdiri daripada ahli UMNO dari 14 bahagian di negeri itu.

Muhyiddin menegaskan, pemimpin dan ahli UMNO perlu segera mencari jalan menyelesaikan segala masalah dalaman terutama persengketaan dalam tempoh satu atau dua tahun ini supaya ia tidak berterusan ketika menghadapi pilihan raya umum akan datang.

''Tempoh 24 bulan adalah masa yang singkat untuk membetulkan semula keadaan tetapi jika tiada usaha mengatasinya, ia akan menjadi isu dan persepsi yang boleh mempengaruhi rakyat," tegasnya.

Dalam politik, jelasnya, persepsi adalah penting kerana ia boleh mempengaruhi minda dan pandangan pengundi, bahkan menjadi penentu sama ada mereka akan mengundi UMNO pada pilihan raya atau sebaliknya.

''Kita perlu ingat masih ramai orang Melayu yang miskin dan ketinggalan dalam semua bidang seperti ramai yang masih menjadi nelayan, petani dan sebagainya," katanya.

Dalam pada itu, beliau bimbang kerana masih terdapat ketua bahagian dan cawangan yang tidak menjalankan program termasuk pendekatan baru yang diketengahkan oleh UMNO iaitu program Juara Rakyat.

Katanya, program itu ialah satu cara yang dilihat lebih berkesan untuk mendekati rakyat bagi mendengar dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Di samping itu, Muhyiddin juga memberi jaminan bahawa usaha kerajaan memperkenalkan Model Ekonomi Baru bertujuan membantu orang Melayu tanpa meminggirkan kaum lain.

''Walaupun model ini memperlihatkan kesamarataan bagi semua kaum tanpa mengira budaya dan agama tetapi ia tidak bermakna hak-hak orang Melayu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan diketepikan.

''Melalui model yang diketengahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membantu semua rakyat miskin di kalangan orang Melayu dan juga bukan Melayu," kata Muhyiddin.

Bercakap kepada pemberita, beliau memberitahu, UMNO akan berusaha untuk memahami aspirasi golongan muda dalam usaha menarik mereka menyokong BN dalam pilihan raya akan datang.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.