saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 22/02/2010

Noh nafi dakwaan PKR

SHAH ALAM 21 Feb. - UMNO Selangor menyifatkan dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shuhaimi Shafiei kononnya wujud perpecahan di kalangan mereka hanyalah helah pembangkang untuk menutup masalah dalaman parti itu.

Sambil menjelaskan dakwaan tersebut tidak benar, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, dakwaan ADUN berkenaan hanya satu taktik mereka untuk mengelirukan rakyat dengan memberikan gambaran salah terhadap kedudukan UMNO pada hari ini.

Jelasnya, UMNO Selangor yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada dalam keadaan cukup kukuh berbanding parti lain di negeri itu baik Pas mahu pun PKR sendiri.

"Kalau di Selangor, kita lihat Pas menghadapi masalah dalamannya sendiri apabila dua pemimpinnya iaitu Khalid Abdul Samad dan Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali bertelagah sesama sendiri.

"PKR turut mengalami masalah yang sama apabila jawatankuasa bahagian PKR Ijok iaitu kawasan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan beramai-ramai kerana tidak percaya dengan kepimpinan beliau.

"Jadi apa yang jelas ialah dakwaan ADUN itu hanyalah satu helah politik PKR yang cuba mengheret sama UMNO dalam masalah perpecahan mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Persatuan Ibu Tunggal Selangor (Anggerik Murni) dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Bangunan UMNO Shah Alam di sini hari ini.

Noh berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Shuhaimi yang disiarkan melalui akhbar tempatan yang mendakwa wujud perpecahan dalam UMNO Selangor ekoran wujud dua kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan satu kumpulan lagi menyokong Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dalam pada itu, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang menjelaskan, beliau tidak mempunyai masalah dengan pemimpin UMNO di negeri itu termasuk Mohamad Khir.

Katanya, hubungan semua pemimpin UMNO di semua peringkat sama ada bahagian atau cawangan di negeri itu amat baik dan tidak seperti yang didakwa Shuhaimi.

Malah katanya, beliau merupakan orang yang paling kuat menyokong karier politik Mohamad Khir sejak ADUN Sungai Panjang itu mula menceburkan diri dalam bidang politik.

"Saya salah seorang yang menyokong kuat Mohamad Khir semasa dia menjadi calon Sungai Panjang dahulu. Masa bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Abu Hassan Omar letak jawatan, saya juga yang menyokong beliau supaya diberi peluang menjadi Menteri Besar Selangor.

"Saya fikir Shuhaimi sebenarnya tidak tahu sejarah hubungan saya dengan Mohamad Khir.

Saya dengan beliau satu kampung, saya tidak ada masalah dengannya," ujar beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:23
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.