saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 22/02/2010

Kesan perubahan sikap anak

JITRA 21 Feb. - Ibu bapa disaran mengesan perubahan sikap yang ditunjukkan anak masing-masing dalam usaha mencegah masalah sosial di kalangan generasi muda hari ini.Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, ia penting bagi mengelak anak-anak terjerumus dengan masalah sosial seperti penagihan dadah.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, gejala seperti penagihan dadah dapat dibendung jika ia dicegah pada peringkat awal.

"Saya menyeru kepada ibu bapa supaya prihatin dengan tingkah laku dan kecenderungan anak-anak agar mereka tidak terpengaruh atau terikut-ikut dengan penyalahgunaan dadah," katanya.

Beliau berucap merasmikan Program Bualbicara Kenali Anak Kita anjuran Persatuan Pengasih Malaysia bersama Petronas di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai, Tunjang dekat sini semalam.

Mukhriz berkata, program seperti Bualbicara Kenali Anak Kita diharap dapat memberi panduan khususnya kepada ibu bapa dalam menghadapi cabaran mendidik anak-anak.

"Pendedahan kepada ibu bapa amat penting bagi memudahkan mereka memantau tingkah laku anak- anak dalam usaha mengelak mereka terlibat dengan masalah sosial," ujarnya.

Beliau turut mengalu-alukan penyertaan sektor korporat dalam penganjuran program seperti itu sebagai memenuhi tanggung jawab sosial mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.