saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 22/02/2010

Pengerusi persatuan ibu tunggal dilantik anggotai MPP

SHAH ALAM 21 Feb. - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan melantik pengerusi persatuan ibu tinggal di setiap kawasan Parlimen di seluruh negara untuk menganggotai Majlis Pembangunan Pertanian (MPP) tidak lama lagi.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, pelantikan itu bagi memudahkan pihaknya melakukan perancangan serta menyalurkan maklumat selain bantuan pertanian yang diperlukan untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

"Saya akan mengadakan perbincangan dengan pihak urus setia MPP esok berhubung cadangan pelantikan ini. Dalam masa yang sama juga, kita akan dapatkan senarai pengerusi persatuan-persatuan ibu tunggal di setiap kawasan Parlimen di seluruh negara.

"Apabila kita sudah dapat senarai tersebut, kita akan membuat lantikan terus untuk pengerusi persatuan berkenaan menjadi salah seorang anggota MPP di setiap kawasan Parlimen.

"Apa yang kita harapkan dengan pelantikan ini, ia akan memudahkan penyampaian maklumat yang lebih jelas agar pihak kementerian membantu golongan ini melibatkan diri dalam sektor pertanian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Dialog Persatuan Ibu Tunggal Selangor (Anggerik Murni) dengan Menteri Pertanian dan Indistri Asas Tani di Bangunan UMNO Shah Alam, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Anggerik Murni, Nortini Kasman.

Dalam pada itu, Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri memberitahu, langkah ini juga membolehkan maklumat serta senarai ibu tunggal yang layak menerima bantuan yang disediakan di bawah kementeriannya dikenalpasti.

"Pengerusi persatuan-persatuan ibu tunggal ini akan dapatkan senarai ahli mereka termasuk yang disenaraikan dalam program e-kasih.

''Melalui senarai itu, kementerian akan sediakan geran bantuan pertanian untuk tingkatkan pendapatan mereka.

"Oleh yang demikian, kita sarankan kepada mana-mana ibu tunggal di seluruh negara supaya mendaftarkan diri dengan mana-mana persatuan ibu tunggal di kawasan masing-masing supaya mudah kita untuk libatkan mereka dalam program kementerian," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.