saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 23/02/2010

2Crank.com, Karyawan anjur konsert amal


Freddie fernandez dan Hazmi Yaacob (lima dari kiri) bersama 'orang kuat' dan artis yang terlibat dalam penganjuran Band Aid For Haiti.


JANUARI lalu, dunia 'digegarkan' dengan berita menyayat hati apabila satu gempa bumi kuat menggoncangkan ibu negara Haiti sehingga mengorbankan ratusan ribu nyawa.

Bagi Haiti, dengan apa yang berlaku, bantuan daripada pihak luar amatlah diperlukan sama ada berbentuk kewangan atau misi kemanusiaan.

Bekalan perubatan asas seperti antibiotik serta ubat penahan sakit sudah semakin berkurangan dan ia menjadi igauan buruk buat golongan doktor yang bergelut merawat mangsa bencana.

Justeru, atas dasar simpati terhadap malang yang menimpa negara Caribbean itu, portal muzik 2Crank.com dengan kerjasama Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) bergabung tenaga bagi mengutip dana yang bakal disalurkan kepada Tabung Pembangunan Haiti.

Dengan cara menganjurkan sebuah konsert amal iaitu Band Aid For Haiti pada 6 Mac ini, penyaluran dana kepada tabung berkenaan akan dilakukan menerusi Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) serta Mercy Malaysia.

Band Aid For Haiti akan berlangsung 6 Mac nanti di Laundry Bar, The Curve, Mutiara Damansara, dengan gabungan artis baru dan lama antaranya Johny Comes Lately, Zul King, Cynosure, An Honest Mistake, Maya Karin, Aizat, Amylea AF, Iqwal, Radhi OAG, Republic Of Brickfield dan Saturnine.

Konsert secara percuma itu turut mengharapkan sumbangan pengunjung untuk bersama menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Haiti.

Menurut Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, konsert berkenaan itu mendapat sokongan penuh daripada pihak UNICEF dan Mercy Malaysia.

Jelasnya, beberapa badan swasta juga telah menunjukkan tanda sokongan untuk menjayakan konsert tersebut seperti Bentley Music, Genting Berhad, Red Bull termasuk Laundry Bar sendiri sebagai penaja lokasi.

"Badan swasta dan korporat lain turut dijemput untuk bersama menjayakan program ini yang mana mereka boleh menaja setiap artis yang bakal membuat persembahan.

"Sumbangan bermula dari RM3,000. Kesemua sumbangan akan disalurkan terus kepada Tabung Pembangunan Haiti melalui UNICEF dan Mercy Malaysia.

"Band Aid For Haiti bukan hanya sebuah konsert tetapi sebagai menunjukkan keprihatinan kita kepada mereka yang dilanda malang,'' katanya ketika ditemui sejurus selesai majlis pelancaran konsert Band Aid For Haiti di Laundry Bar, baru-baru ini.

Ujar Freddie, di sudut artis pula, Band Aid For Haiti juga memperlihatkan betapa golongan artis tidak terkecuali untuk bersama masyarakat dalam kerja-kerja amal.

Ditanya mengenai kerjasama antara Karyawan dan 2Crank.com, Freddie berkata ia bermula dua minggu lalu.

"2Crank.com memiliki banyak bakat-bakat baru. Konsert ini juga adalah platform artis baru ini mengetengahkan nama mereka,'' jelasnya.

Freddie menambah, berbalik kepada Band Aid For Haiti, selain sumbangan, Karyawan turut mengalu-alukan beberapa lagi pihak yang tampil untuk menjadi penaja dalam menjayakan konsert terbabit.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan atas nama Persatuan Karyawan Malaysia menerusi akaun 5122-3133-8338 (Maybank).

Untuk pertanyaan, hubungi 2Crank.com di talian 03-77260077 atau layari www.2crank.com.

Masih belum terlambat hulur sumbangan

Sementara itu, Pengarah Urusan 2Crank.com, Hazmi Yaacob berkata, biarpun konsert Band Aid For Haiti akan diadakan Mac nanti, ia masih belum terlambat untuk rakyat Malaysia menghulurkan bantuan serta sumbangan.

"Di Malaysia, kita belum ada lagi konsert amal untuk membantu Haiti berbanding negara Asia Tenggara yang lain.

"Walaupun dilakukan 6 Mac, saya merasakan ia belum terlambat kerana Haiti masih memerlukan bantuan berterusan.

"Bagi 2Crank.com, sebanyak 12 artis yang bernaung di bawah portal muzik ini akan menyertai konsert tersebut,'' ujarnya.

2Crank.com kini memiliki 3,000 ahli dengan 500 buah lagu sedia untuk dimuat turun.

Komposer terkenal Fauzi Marzuki dipilih mengetuai kumpulan profesional dalam 2Crank.com untuk memastikan setiap lagu yang dihantar kepada oleh pemuzik amatur menepati kualiti yang ditetapkan.

Lain-lain komposer yang turut sama bersama 2Crank.com adalah Roslan Aziz, Adnan Abu Hassan, Jenny Chin dan Azam Dungun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.