saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 23/02/2010

Dakwaan gerai halang laluan tidak benar


PENIAGA gerai berhampiran laluan masuk ke stesen LRT Taman Bahagia, Petaling Jaya ini dikatakan mengganggu orang ramai tetapi ternyata ia bukan satu gangguan, sebaliknya dialu-alukan oleh penumpang.


PETALING JAYA 22 Feb. - "Kalau nak buat aduan, biarlah tepat faktanya. Jangan ikut sedap hati sahaja sehingga menjejaskan periuk nasi orang lain".

Terkejut wartawan Utusan Malaysia mendengar jerkahan daripada seorang lelaki ketika membuat tinjauan terhadap dua buah gerai di hadapan stesen transit aliran ringan (LRT) Taman Bahagia di sini.

Menurut aduan yang diterima Utusan Malaysia, gerai itu dikatakan mencemarkan pemandangan di stesen itu kerana sudah uzur, selain mengganggu laluan masuk ke stesen tersebut.

Namun, semasa tinjauan dilakukan, dakwaan itu didapati tidak tepat dan ia turut 'diakui' oleh lelaki tersebut. Bagaimanapun, dia enggan memberikan namanya atas alasan mahu cepat.

Tinjauan mendapati waktu operasi yang berbeza juga menjadikan dua gerai itu bukan penyumbang kepada kesesakan di laluan orang awam seperti yang didakwa.

Seorang peniaga menjual nasi dan lauk-pauk pada waktu pagi manakala pada sebelah petang, seorang peniaga lain menjual kuih-muih.

Selain lelaki itu, reaksi positif juga diterima oleh penumpang LRT yang lain, malah mereka menyifatkan gerai-gerai itu sebagai satu nilai tambah kepada stesen itu.

Seorang kerani, Saiful Razal Razali, 25, berkata, gerai itu tidak mengganggu orang ramai yang ingin masuk ke stesen LRT itu, sebaliknya merupakan satu kemudahan kepada penumpang.

"Gerai tersebut memudahkan pengguna transit LRT di sini kerana tiada kedai makanan berhampiran kawasan ini untuk mereka membeli makanan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja.

"Pada saya, tiada masalah kesesakan di laluan di tangga LRT berlaku dengan kewujudan gerai ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Nor Azlin Kamarudin, 25, pula memberitahu, peniaga gerai makanan tersebut telah berniaga di situ sejak tahun 2006 lagi.

"Saya adalah antara pengguna LRT di Taman Bahagia ini setiap hari dan tidak dinafikan memang keadaan waktu pagi di sini agak sibuk tetapi gerai itu bukan punca kesesakan itu, sebaliknya jumlah penumpang yang ramai.

"Tidak sepatutnya peniaga itu dikenakan tindakan kerana mereka mempunyai lesen perniagaan dan tidak mengganggu sesiapa. Malah, mereka wajar diberikan tempat yang lebih selesa," jelasnya.

Azlin berkata, laluan orang ramai biasanya terhalang jika ada pihaknya yang mengedarkan risalah tentang perniagaan mereka di tangga stesen tersebut.

Sementara itu, pekerja Rapid KL, Mohd. Rosli Hamzah, 33, turut bersetuju bahawa gerai tersebut tidak menghalang laluan orang awam.

"Tetapi kalau dapat, sediakan tempat khas untuk peniaga gerai di sini agar mereka dapat berniaga di kawasan yang lebih selesa," ujarnya.

Selain itu, katanya tempat khas juga dapat memberi peluang kepada peniaga baru untuk berniaga di kawasan ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.