saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 23/02/2010

Muzium paparkan kehidupan nelayan


Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman menunjukkan koleksi pelbagai jenis sampan, perahu dan bot yang diguna oleh nelayan pada zaman dahulu.


PELBAGAI jenis muzium yang dibangunkan kerajaan pada masa ini bagi membuka mata rakyat untuk mengkaji sejarah dan warisan sebagai sebahagian daripada warisan hidup generasi akan datang.

Jika diamati pada tahun 1960-an, 1970-an, 1980-an dan 1990-an antara yang menjadi tarikan untuk dilawati hanya Muzium Negara, Muzium Negeri dan Muzium Seni Lukis.

Namun kini masyarakat di negara ini berpeluang melawati satu lagi muzium iaitu Muzium Nelayan yang terletak di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.

Muzium Nelayan yang terletak di pesisiran pantai Tanjung Balau menghadap Laut China Selatan itu harus dilawati oleh semua pihak terutama di kalangan generasi muda kerana ia memaparkan kehidupan nelayan pada zaman dahulu.

Hasil ilham cipta Perbadanan Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) lahirlah Muzium Nelayan yang dibangunkan dengan peruntukan RM1.48 juta di Tanjung Balau, kira-kira 100 kilometer dari Johor Bahru.

Pembantu muzium berkenaan, Mohd. Ubaidillah Abdul Rahman berkata, Kejora memilih Tanjung Balau sebagai lokasi Muzium Nelayan kerana kampung itu merupakan penempatan nelayan tertua di Johor.

Menurutnya, muzium tersebut mula dibina pada 20 Ogos 1990 dan siap sepenuhnya pada 8 Julai 1992.

"Kini sudah 17 tahun beroperasi dan menerima kunjungan ribuan pelawat dari seluruh negara.

"Waktu yang paling ramai orang berkunjung ke sini adalah semasa musim cuti sekolah dan cuti umum serta hujung minggu," katanya semasa ditemui baru-baru ini.

Beliau memberitahu, Muzium Nelayan yang dibina di tapak seluas lapan hektar itu mempunyai persekitaran yang sungguh menarik dengan pemandangan utamanya menghadap Laut China Selatan.

Mohd. Ubaidillah berkata, kehadiran pohon-pohon rhu yang tumbuh subur di kawasan sekitarnya menyerlahkan lagi keceriaannya selain ditambah seri dengan hiasan dalaman dan dekorasi yang berkaitan dunia nelayan.

"Kita tempatkan sampan, jala, bubu, rumah rakit, kelong, tombak, kisa, pukat dan sebagainya menjadi bahan tatapan yang tentunya membawa pengunjung bagaikan berada di tengah lautan menunggu ikan masuk ke pukat.

"Harapan kami menerusi Muzium Nelayan ini agar ia dapat menjadi sumber maklumat mengenai kehidupan nelayan zaman silam hingga kini," katanya.

Menurutnya, muzium itu turut memaparkan gambar-gambar dan lukisan mengenai suasana kampung nelayan dan kehidupan masyarakatnya yang begitu akrab dan saling tolong menolong antara satu sama lain.

Bagi yang ingin berkunjung ke muzium ini, ia dibuka kepada orang ramai setiap hari iaitu Isnin hingga Khamis mulai pukul 9 pagi hingga 6 petang dan Jumaat mulai 9 pagi hingga 12 tengah hari. Ia dibuka semula pukul 2.45 petang.

Pada Sabtu dan Ahad serta cuti umum, muzium ini dibuka mulai 9 pagi hingga 1 tengah hari dan dibuka semula pada 2.15 hingga 6 petang.

Pelancong asing dikenakan bayaran RM5, manakala pengunjung tempatan dewasa RM3 dan RM2 bagi kanak-kanak serta RM1 bagi pelajar sekolah beruniform.

Beliau memberi jaminan kunjungan ke Muzium Nelayan pasti memberi pengetahuan baru dan berbaloi.

"Selain melawat Muzium Nelayan, pengunjung juga boleh melawat Kampung Tersusun Nelayan Tanjung Balau dan melihat sendiri nelayan pulang dari laut membawa hasil tangkapan mereka," katanya.

Perjalanan ke Tanjung Balau dari Johor Bahru mengambil masa kira-kira dua jam bergantung kepada kelancaran trafik.

Jadi, andai anda sedang mencari lokasi percutian yang agak berlainan, kenapa tidak mencuba untuk berkunjung ke Tanjung Balau dan meluangkan masa melawat Muzium Nelayan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.