saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 23/02/2010

Guru perlu berkomunikasi dengan pelajar sepenuhnya dalam bahasa Inggeris

KUALA TERENGGANU 22 Feb. - Guru bahasa Inggeris di negeri ini disaran menggunakan bahasa berkenaan sepenuhnya ketika berkomunikasi dengan pelajar bagi memantapkan penggunaan bahasa antarabangsa tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, peranan guru dilihat menjadi sumber utama kepada pelajar dalam menguasai bahasa itu dimana ia kurang digunakan sebagai bahasa pertuturan di kalangan ibu bapa dan rakan-rakan.

Katanya, walaupun pendekatan itu menyukarkan para pelajar namun beliau yakin ia akan menunjukkan kesan yang lebih baik dalam tempoh beberapa bulan selepas ia dilaksanakan.

"Apa yang saya lihat, pelajar-pelajar dari luar negeri ini lebih mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris berbanding pelajar di negeri ini.

"Jadi penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya oleh guru dan pelajar di sekolah perlu dilaksanakan dengan menyeluruh," katanya selepas melancarkan Program Pengukuhan Bahasa Inggeris Piala Diraja Sultan Mizan di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Hadir sama Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM), Datuk Mohd. Fadzli Yusof dan Pengarah Pelajaran Negeri, Ariffin Embong.

Sementara itu, Mohd. Fadzli berkata, dalam memantapkan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, YDSM bakal mengadakan pertandingan berkonsepkan pengukuhan bahasa itu dalam bentuk penulisan, pembacaan, ucapan dan komunikasi.

Katanya, pertandingan itu akan diadakan selama tiga bulan bermula pada bulan depan melibatkan penyertaan semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri.

"Setiap pasukan akan diwakili oleh enam orang peserta yang terdiri daripada kalangan pelajar cemerlang, sederhana dan lemah dalam mata pelajaran bahasa Inggeris bagi memberi peluang kepada semua pelajar untuk memahirkan diri dengan penggunaan bahasa kedua terpenting itu.

"Sebanyak RM155,000 disediakan meliputi kos bagi menganjurkan program ini di seluruh sekolah-sekolah yang terbabit," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.