saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 24/02/2010

Cubaan pecah belahkan Felda Majlis belia Felda

24/02/2010 3:07pm

KUALA LUMPUR 24 Feb. Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab bagi membantah cubaan untuk memporak-perandakan gagasan Felda.

Presidennya, Anuar Abdul Manap berkata, dalam memorandum itu dinyatakan bahawa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), yang kononnya mewakili golongan belia, adalah pertubuhan tidak berdaftar dan cuba memecah-belahkan keharmonian warga Felda.

Beliau memberitahu pemberita di sini bahawa MBFM, yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sejak 1991 dan Pendaftar Pertubuhan Belia sejak tahun lalu, adalah wakil sah yang diberi mandat oleh 317 cawangan pertubuhan belia Felda di seluruh negara untuk mewakili golongan muda dan bukannya Anak.

"Dakwaan Anak bahawa mereka mempunyai hampir 1.5 juta ahli tidak benar kerana mereka tidak berdaftar, macam mana nak buktikan ahli mereka seramai itu?

Kami yang berdaftar ini pun hanya mempunyai 100,003 ahli dari kalangan belia berusia 15 hingga 40 tahun, katanya.

Anuar berkata, kepimpinan MBFM yang baru akan bergerak lebih aktif bagi menyelesaikan isu-isu melibatkan generasi muda Felda melalui saluran yang betul. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.