saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 25/02/2010

Aceh sarang baru pengganas


SEKUMPULAN polis Indonesia menjalankan misi memburu militan di perkampungan Jantho di Aceh Besar, kelmarin. - AFP


JAKARTA 24 Feb. - Kawasan hutan di pedalaman Aceh dipercayai kini menjadi kem latihan bagi kumpulan pengganas yang mempunyai kaitan dengan Imam Samudera dan Noordin Mat Top.

Ketua Polis Aceh, Adityawarman berkata, kumpulan pengganas mengambil kesempatan menggunakan kawasan pedalaman hutan Aceh kerana kawasan berkenaan kini telah aman.

"Mereka melakukan latihan ketenteraan di kawasan pedalaman hutan Aceh, mungkin kerana Aceh kini telah aman," katanya dipetik oleh agensi berita Antara hari ini.

Adityawarman mengulas penangkapan empat orang yang disyaki anggota kumpulan militan di kawasan hutan Jalin Kabupaten Aceh Besar, pada Isnin lalu.

Menurut beliau, kumpulan itu dipercayai mempunyai 50 orang pengikut dan telah bergerak di kawasan berkenaan sejak lima bulan lalu.

Beliau turut mengaku terkejut kerana kumpulan berkenaan lengkap dengan senjata api dan berlaku tembak-menembak ketika serbuan selama 14 jam dilakukan oleh 100 anggota polis.

Dalam serbuan itu polis turut merampas pisau komando, teleskop, rangsum tentera, pakaian seragam mirip tentera Malaysia dan khemah.

Mereka yang ditangkap berusia antara 21 hingga 46 tahun dan merupakan warga tempatan. Sementara itu Jakarta Post melaporkan seorang orang awam turut terbunuh dalam serbuan itu.

Dalam kejadian itu Kamaruddin mati tertembak, manakala anaknya, Suheri, 14, tercedera juga terkena tembakan.

Polis difahamkan telah mengintip kawasan berkenaan sejak September tahun lalu setelah mendapat maklumat daripada penduduk setempat, tetapi telah hilang jejak kumpulan berkenaan.

Noordin ditembak mati tahun lalu setelah didakwa terlibat dalam siri serangan bom berani mati di Indonesia dan yang terakhir adalah ke atas Hotel JW Marriot dan Hotel Ritz Carlton pada 17 Julai tahun lalu. - Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.