saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 25/02/2010

Baju Merah mahu lancar protes besar-besaran

BANGKOK 24 Feb. - Gerakan 'baju merah' yang menentang kerajaan Thailand hari ini mengumumkan rancangan melancarkan protes besar-besaran mulai pertengahan bulan depan bagi memaksa kerajaan membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya.

Barisan Bersatu bagi Demokrasi Menentang Pemerintahan Diktator (UDD) yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, akan berhimpun di ibu negara selama sekurang-kurangnya seminggu untuk demonstrasi pertama bagi tempoh yang lama sejak protes ganas meletus pada April lalu.

"Kami akan berhimpun untuk protes besar-besaran pada 12 Mac ini," kata seorang pemimpin UDD, Veera Musikapong kepada pemberita.

Pada sidang media yang sama, seorang lagi pemimpin UDD, Jatuporn Prompan berkata, penunjuk perasaan juga akan berhimpun di wilayah-wilayah seluruh Thai dan di kawasan sekitar Bangkok pada tarikh tersebut.

"Perhimpunan dan penggemblengan aktivis akan diadakan pada 12 Mac dan mereka akan bersatu di Bangkok pada 14 Mac," kata Jatuporn tanpa memberi maklumat lanjut mengenai lokasi protes di ibu negara.

Gerakan itu berikrar untuk membawa sejuta penduduk Thai, kebanyakannya dari luar bandar, ke Bangkok bagi menumbangkan kerajaan dalam masa seminggu, meskipun penganalisis meragui keupayaan membawa penyokong seramai itu dan menggulingkan kerajaan dalam tempoh sebegitu singkat.

UDD mendakwa, kerajaan campuran enam parti pimpinan Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva adalah tidak sah kerana bukan dipilih oleh rakyat tetapi dibentuk oleh tentera dalam 'rampasan kuasa senyap' selepas sebuah parti pemerintah yang pro-Thaksin dibubarkan.

Pasukan keselamatan bersiap sedia untuk menghadapi protes besar-besaran dan kemungkinan berlakunya reaksi ganas terhadap keputusan Mahkamah Agung yang dijadual diumumkan pada Jumaat ini.

Mahkamah tersebut dijadual memutuskan sama ada hendak merampas aset Thaksin yang bernilai AS$2.3 bilion (RM7.82 bilion) atau tidak.

Protes aktivis 'baju merah' itu meningkatkan lagi tekanan ke atas kerajaan campuran yang kini dalam kucar-kacir, manakala situasi politik yang tidak menentu meresahkan pelabur selain menjejaskan pasaran saham. - Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.