saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 25/02/2010

Denggi: Dua wanita mengandung maut, jumlah kes menurun

25/02/2010 8:07pm

KUALA LUMPUR 25 Feb. Dua kematian akibat demam denggi, melibatkan wanita mengandung, dilaporkan dalam tempoh 14 hingga 20 Februari, menjadikan jumlah kematian tahun ini meningkat kepada 25 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd, Ismail Merican.

Beliau berkata, kes demam denggi bagaimanapun dilaporkan menurun kepada 935 kes berbanding 1,059 kes minggu sebelumnya.

Katanya, jumlah terkumpul kes yang dilaporkan tahun ini adalah 7,228 kes, berbanding 8,920 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

"Walaupun terdapat penurunan kes sebanyak 19 peratus, jumlah kematian yang dilaporkan pada tahun ini lebih tinggi daripada tempoh yang sama tahun lepas dan keadaan ini amat membimbangkan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dua kes itu membabitkan seorang suri rumah berusia 28 tahun, yang meninggal dunia pada 15 Februari lepas setelah mengalami demam, sakit tekak dan muntah tujuh hari sebelum itu.

Suri rumah tersebut berasal dari Petaling Jaya, Selangor pada mulanya mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Sungai Buloh pada 11 Februari sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh keesokan harinya.

Beliau berkata, kes kedua pula, melibatkan seorang suri rumah yang berusia 37 tahun berasal dari Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

Pesakit yang mulanya mengalami demam dan ruam pada 28 Januari, telah mendapatkan rawatan di Hospital Likas dan terus dimasukkan ke wad pada hari yang sama.

Bagaimana pun pesakit meninggal dunia pada 20 Februari disebabkan kegagalan fungsi organ akibat demam denggi berdarah. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.