saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 27/02/2010

Salman terpaksa menahan sakit disengat obor-obor


Zahra Masoumah (kiri) dan adiknya, Salman Ali Shariati Abdul Halim. - bernama


IPOH 26 Feb. - Perenang muda negara, Salman Ali Shariati, terpaksa menahan kesakitan dan gatal-gatal disengat obor-obor ketika melakukan latihan intensif di Teluk Batik, Lumut minggu lalu.

Salman, 13, yang akan menjayakan projek Rentasan Samudera 5XOE Selat Melaka 2010 bersama kakaknya, Zahra Masoumah Abdul Halim, 19, terpaksa mengharungi ribuan telur obor-obor dalam latihan tersebut.

Ibu kedua-dua ikon remaja itu, Haniza Mohamed berkata, walaupun pernah berenang di kawasan mempunyai obor-obor sebelum ini, Salman tidak dapat menahan sakit kerana jumlah obor-obor terlalu banyak.

Katanya, sengatan obor- obor juga menyebabkan Salman mengalami kekejangan dan diarahkan berehat buat sementara waktu.

"Kebetulan sekarang ini, musim obor-obor bertelur di Teluk Batik dan jumlahnya terlalu banyak.

"Salman dan Zahra terpaksa berenang di antara obor-obor tersebut sehingga kulit mereka melecur.

"Zahra dapat meneruskan latihan walaupun mengalami gatal-gatal kulit tetapi Salman nampak lebih teruk sehingga seluruh badannya kebas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Salman dan Zahra akan menyahut cabaran berenang di Selat Melaka iaitu selat yang paling sibuk di dunia pada 27 Mac ini.

Acara itu bermula di Pulau Rupat, Riau, Sumatera dan berakhir di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan pada jarak renangan sejauh 50 kilometer.

Acara sukan lasak itu dianjurkan oleh kerajaan negeri Perak dengan kerjasama sebuah syarikat pengurusan acara.

Sementara itu, menurut Haniza, bermula esok, kedua-dua perenang muda terbabit akan melakukan latihan intensif di Teluk Kemang, Port Dickson bagi menyesuaikan diri sebelum kembali berlatih di Lumut.

Katanya, bagi mencapai sasaran menamatkan cabaran dalam tempoh 24 jam, mereka melakukan latihan renang sejauh 20 kilometer setiap minggu bermula dari Jambatan Tuanku Bainun ke Teluk Batik, Lumut.

"Saya sangat berterima kasih kepada pihak sekolah yang memahami keperluan Salman. Dia kini belajar di sekolah sukan, Sekolah Menengah Gunung Rapat, Rapat Setia.

"Cuma Zahra yang terpaksa berkorban lebih sikit. Dia menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan perlu balik ke Ipoh setiap Jumaat kemudiannya ke Lumut untuk berlatih," katanya.

Bagi membantu mengumpul dana menjayakan projek Rentasan Samudera 5XOE Selat Melaka 2010, sebuah karnival dan konsert amal akan diadakan di Teluk Kemang, Port Dickson pada 13 dan 14 Mac ini.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti ratu kebaya, pertandingan sorak wanita, peraduan mewarna kanak-kanak, Juara Bintang Kecil Negeri Sembilan, Juara Retro Negeri Sembilan, mencari harta karun, pertandingan tarian Melayu dan paintball.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.