saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 27/02/2010

Rahsia lesung kayu


ZainudDin Saadon menunjukkan lesung kayu yang dijual di bengkel miliknya di Kampung Maju Jaya, Skudai, Johor Bahru, baru-baru ini. - utusan/ Nasirruddin Yazid


JOHOR BAHRU 26 Feb. - Sambal belacan yang ditumbuk pasti menjadi lebih sedap kalau menggunakan lesung kayu berbanding lesung batu.

Kalau tidak percaya, cubalah menggunakan lesung kayu buatan Zainuddin Saadon, 47, dari Kampung Maju Jaya, Skudai di sini.

Zainuddin memberitahu, kebenaran itu diberitahu oleh salah seorang pelanggan dan bukan dia sengaja mereka cerita bagi melariskan jualan lesung kayunya.

Menurutnya, sejak menjual lesung kayu tersebut tujuh bulan lalu, sambutan yang diterima amat menggalakkan sehingga dia tidak cukup tangan untuk menghasilkannya.

"Lesung kayu ini jauh lebih baik daripada menggunakan lesung batu kerana ia tidak berbahaya kepada kesihatan. Lagipun kayu ini banyak khasiatnya.

"Saya menggunakan kayu tembusu. Kayu ini liat dan tidak ada alahan. Sambal yang ditumbuk dengan lesung kayu ini tetap enak tanpa hilang rasa asal," katanya yang ditemui Utusan Malaysia di bengkelnya baru-baru ini.

Menurut bapa kepada empat orang anak itu, selain lesung kayu, dia juga membuat mangkuk nasi, sudip dan papan pemotong yang dijual di Pasar Tani, Larkin setiap Sabtu dan Ahad di Kulaijaya.

Katanya, idea untuk menghasil dan menjual produk kayu tembusu bermula apabila jarang mendapat projek kontraktor yang dilakukan sebelum ini.

Jadi, bagi menampung kehidupan sekeluarga, dia yang sudah biasa dengan pertukangan kayu mengambil keputusan untuk menjual papan pemotong.

Pada permulaan dia membawa beberapa papan pemotong dan sebuah lesung antan yang dijual di atas lori di Pasar Borong Pandan.

"Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Memang ada orang membeli papan pemotong tapi yang membuat saya menjadi lebih bersemangat apabila ada seorang lelaki mualaf tertarik dengan lesung antan buatan saya itu.

"Saya jual padanya dengan harga RM60 sebab teruja kerana ada orang yang berminat dengan kerja tangan. Dari situ saya fikir kenapa tidak buat beberapa kerja tangan lain," ceritanya.

Untuk menghasilkan produk itu, Zainuddin dibantu oleh anak ketiganya, Mohd. Hazwan, 21, dan seorang pembantu, Zuhaimi Harun, 29.

Pada masa ini, semua kerja dilakukan secara manual kerana tidak mampu untuk membeli mesin meratakan papan dan mesin larik.

Oleh kerana kerja-kerja itu dilakukan secara manual, masa yang diperlukan untuk menyiapkan sebuah mangkuk nasi adalah kira-kira lima jam.

"Kayu yang telah dipotong perlu dibuat ukuran sebelum ditebuk dengan menggunakan penukul dan pahat. Selepas dapat bentuk, barulah dilicinkan dengan kertas pasir.

"Lesung kayu itu perlu didalamkan sehingga 3 1/2 inci dengan ketinggian enam inci agar sewaktu ditumbuk cilinya tidak terpelanting keluar," katanya.

Sambil menjual dia juga memberi penerangan kepada orang ramai mengenai cara-cara untuk menjaga lesung kayu.

Katanya, selepas menggunakannya beberapa lama, akan terdapat tanda rekahan pada lesung dan itu semua boleh dipulihkan dengan hanya merendamnya di dalam air sehingga rekahan hilang.

"Untuk menjaga lesung agar tidak ditumbuhi kulat, sesekali ia mesti disapu dengan kerisik kelapa. Saya tidak sapu varnis kerana lesung itu untuk kegunaan harian dan bukan hiasan," katanya.

Lesung kayu buatan Zainuddin terdapat dalam tiga saiz serta barangan lain yang dijual dengan harga RM60 hingga RM150 setiap satu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.