saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/02/2010

Kesatuan gesa hapuskan sistem trip

PETALING JAYA 27 Feb. - Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan (TWU) meminta kerajaan menghapuskan sistem trip perjalanan yang dilaksanakan oleh pengusaha bas ekspres bagi mengelakkan 'pemandu pelesit' berleluasa.

Setiausaha Agungnya, Datuk Zainal Rampak berkata, penggunaan sistem itu menyebabkan kebanyakan pemandu yang bukan di bawah kesatuan tidak mempunyai gaji pokok dan hanya berdasarkan pada jumlah trip semata-mata.

''Keadaan itu menyebabkan ramai pemandu terpaksa memandu dengan laju bagi mengejar jumlah trip yang ditetapkan untuk menambah pendapatan mereka.

''Kerajaan seharusnya menyelaraskan satu sistem yang boleh diguna pakai oleh semua syarikat bas ekspres bagi memastikan kebajikan pemandu bas lebih terjamin dan tidak bergantung kepada sistem itu semata-mata,'' katanya pada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai laporan khas Utusan Malaysia yang bertajuk 'Pemandu Pelesit' yang turut dihadiri ahli-ahli jawatankuasa kesatuan tersebut.

Zainal berkata, kesatuan berharap pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Puspakom, Polis dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) perlu berbincang bersama bagi mencari menyelesaikan masalah ini.

Tambah beliau, erajaan seharusnya mendapatkan pandangan pemandu bagi mengetahui masalah mereka dan sekali gus memastikan perkhidmatan awam yang ditawarkan adalah yang terbaik.

''Pengusaha bas ekspres perlu turut sama mengambil berat mengenai perkara ini dan tidak menyalahkan pemandu sahaja kerana segala sistem yang dilakukan adalah atas arahan mereka,'' katanya.

Beliau berkata, kerajaan harus memandang serius perkara ini kerana ia mempertaruhkan nyawa dan keselamatan penumpang selain melibatkan imej negara.

Menurut Zainal, sebaik-baiknya kerajaan menyediakan latihan kecekapan kepada setiap pemandu dalam tempoh tiga tahun sekali bagi meningkatkan kepakaran sedia ada.

''Saban tahun keadaan jalan berubah, jumlah kenderaan di jalan raya kian meningkat dan tempoh masa perjalanan semakin panjang, ini menyebabkan, pelaksanaan yang diguna pakai oleh pengusaha bas sekarang sudah tidak lagi praktikal dan perlu diubah,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.