saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/02/2010

Penghinaan Halimah Jogang


A. AIDA mempunyai alasan kenapa drama Halimah Jongang dihasilkan.


Drama Halimah Jongang tiba-tiba mendapat kritikan apabila ia dikatakan menghina golongan yang kurang bernasib baik selepas penerbitnya menggunakan tajuk itu.

Produk terbaru terbitan A. Aida Production tersebut turut dikecam segelintir penonton yang menganggap ia satu penghinaan besar buat individu khususnya mereka yang bergigi jongang.

Pancaindera menerima banyak maklum balas termasuklah daripada individu yang memiliki kekurangan itu. Mereka merasakan drama itu adalah penghinaan secara terang-terangan kepada mereka.

“Saya berasa malu untuk ke pasar apabila orang mengutuk saya dengan memanggil Halimah jongang walaupun saya bukan bernama Halimah gara-gara drama itu,” ujar seorang suri rumah dari Johor Bahru.

Malah penulis pojok Siti Jarum minggu lalu turut mempersoalkan kenapa drama yang bertujuan untuk menjaja keburukan wajah seseorang itu dihasilkan.

Halimah Jongang yang disiarkan menerusi saluran Astro Prima setiap hari Rabu itu dikatakan mendapat sambutan hangat sehinggakan lagu temanya ciptaan Eddie Hamid turut dimuat turun menerusi telefon bimbit.

Malah pihak Astro berkata, drama itu sebelum ini hanyalah sebuah telefilem tetapi ia kemudian diangkat sebagai drama bersiri apabila ia mencatatkan rating tertinggi.

Pancaindera berjaya mendapatkan A.Aida untuk bertanya sendiri apakah motif beliau menghasilkan drama itu?

Bukan sahaja Halimah Jongang, sebaliknya beberapa produk terbaru yang boleh dianggap menghina akan diterbitkan A. Aida seperti Fatimah Juling dan Dollah Hapak.

Sudah keringkah idea sehingga tajuk seperti ini yang dijadikan sandaran meraih keuntungan? Sebelum ini drama Nizam Kambing dari produksi yang sama telah disiarkan menerusi slot Cerekarama di TV3.

Selain A. Aida, Pancaindera turut meminta pandangan individu yang cacat penglihatan adakah penghasilan drama menggunakan tajuk seperti itu bersesuaian dengan tuntutan masyarakat?

Apa motif A.Aida?

Penerbit dan pelakon A. Aida agak terkejut dengan reaksi peminat yang mengkritik tajuk drama itu sedangkan Halimah Jongang adalah sebuah kisah benar yang dihasilkan untuk mengangkat mereka yang mempunyai kecacatan tersebut.

Kata A. Aida tidak ada sedikit pun perasaan untuk menghina sesiapa sebaliknya mahu masyarakat menganggap drama itu hanyalah sebuah drama komedi yang dihasilkan untuk hiburan semata-mata.

Bercerita mengenai drama itu ujar A. Aida, Halimah Jongang diilhamkan daripada pengalamannya mempunyai seorang rakan yang bergigi jongang.

Akibat kekurangan itu, rakannya malu untuk berhadapan dengan orang ramai dan sentiasa mempunyai perasaan merendah diri.

Kerana perkara itu A. Aida sentiasa memberi motivasi agar rakan itu tadi tidak terus berasa malu sehinggalah dia terfikir menghasilkan drama berkenaan untuk mengangkat maruah rakannya dan sesiapa sahaja yang mempunyai nasib serupa.

“Kalau kita lihat drama ini ia mengisahkan bagaimana Halimah yang bergigi jongang menjadi rebutan dua pemuda iaitu seorang anak Datuk dan juga pemuda kampung.

“Anak Datuk bernama Ayong lakonan Along Cham telah menolak lima cintanya kerana Halimah yang dilakonkan Sheera Iskandar.

“Begitu juga Pierre Andre yang memegang watak Ali, pemuda kampung yang turut menyimpan perasaan kepada Halimah.

“Dalam cerita ini saya membawa penonton melihat walaupun Halimah tidak secantik orang lain tetapi dia digilai kerana sikap baik dan ketulusan hatinya. Itulah motif saya,” katanya.

Jelas A.Aida, drama 13 episod itu sepatutnya mendapat pujian ramai kerana ia membawa tema yang menarik.

Dalam masa yang sama dia mendapat reaksi positif daripada mereka yang bergigi jongang kerana drama itu berjaya mengangkat keyakinan diri masing-masing.

“Saya mendapat sokongan penuh daripada insan-insan yang bergigi jongang kerana mereka merasakan lebih yakin untuk berhadapan dengan masyarakat.

“Malah ada juga yang sebelum ini susah nak senyum di depan orang ramai sudah boleh tersengih dan tidak lagi malu dengan kecacatan itu. Ia merupakan sesuatu yang baik kerana mengangkat maruah mereka.

“Saya juga ada terima SMS daripada peminat yang mengaku selama ini dia susah nak buka mulut tetapi selepas Halimah Jongang, dia rasa macam hari-hari nak buka mulut,” jelasnya yang sekaligus memberitahu menempah gigi palsu untuk watak itu dengan kos RM5,000.

A. Aida yang menjadi produser sejak sepuluh tahun lalu berkata, produk yang dihasilkannya adalah mengikut garis panduan dan tidak menyalahi peraturan yang dikeluarkan.

Sebab itulah drama-dramanya mudah untuk mendapat kelulusan kerana mempunyai tema yang bersesuaian.

Ditanya mengenai drama Nizam Kambing, Fatimah Juling dan Dollah Haprak pula ujarnya, ketiga-tiga drama itu juga adalah kisah benar dan bukan untuk menghina sesiapa.

Nizam Kambing dan Dollah Haprak adalah drama berkisar mengenai kisah lelaki badan berbau dan ia diilhamkan berdasarkan kepada pengalamannya mempunyai seorang abang yang mempunyai masalah tersebut.

Kerana perkara itu dia selalu menyindir abangnya agar menjaga penampilan diri.

“Hari ini tak semua orang tahu menjaga badan tetapi mereka lebih suka membiarkan badan mereka berbau hapak. Sebab itulah saya hasilkan drama itu yang bertujuan untuk mengajak mereka agar mementingkan soal penjagaan kebersihan.

“Begitu juga dengan Fatimah Juling yang mana ia juga kisah benar pengalaman saya mempunyai kawan yang juling tetapi mempunyai cita rasa tinggi memilih lelaki,” katanya.

Mengenai tajuk yang dianggap agak menyentuh perasaan sesetengah pihak itu jelas Aida, ia adalah daya penarik terhadap drama yang diterbitkan.

Begitu juga dengan drama-drama terbitan syarikatnya yang mempunyai maksud serupa tetapi menjadi isu kerana memberikan tajuk sedemikian.

“Kita sepatutnya melihat keseluruhan cerita itu dan bukan berpandu kepada tajuk untuk menghukum sesuatu perkara,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.