saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 28/02/2010

Ibu Syafia nafi mengandung, ada anak dengan teman lelaki

28/02/2010 8:01pm

KUALA LUMPUR 28 Feb. Nurhanim Aziz, 25, ibu mangsa dera Syafia Humairah Sahari, 3, hari ini menafikan laporan akhbar bahawa beliau sedang mengandung empat bulan hasil hubungan dengan suspek yang membunuh anak perempuannya itu.

Beliau berkata, laporan akhbar itu mengaibkan dirinya dan menyebabkan beliau bertambah sedih dan tertekan.

"Saya tidak mengandung seperti yang dilaporkan... sudahlah saya kehilangan anak, ditambah pula dengan dakwaan tersebut membuatkan saya bertambah sedih, katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Sungai Plong, Kuang, di Sungai Buloh, dekat sini.

Laporan akhbar hari ini juga menyebut beliau dan suspek berusia 28 tahun itu turut memiliki seorang anak lelaki berusia setahun enam bulan.

Nurhanim mendakwa anak bongsunya itu, Shakimi Iqbal Sahari, adalah anak bersama-sama suaminya, Sahari Usol, 33, yang kini ditahan reman tanpa jaminan di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan jenayah sejak 2006.

Menceritakan kejadian itu, Nurhanim berkata beberapa hari sebelum kejadian, berlaku pergaduhan antara beliau dan suspek menyebabkan suspek tertekan kerana perlu menjaga kedua-dua anaknya semasa beliau keluar bekerja.

"Kami bergaduh mulut saja tetapi tidak sehingga dipukul dan suspek juga tidak pernah marah anak-anak saya di depan saya.

"Kali terakhir saya jumpa Syafia Humairah ialah pada Rabu lepas dan dia gembira sangat nak keluar dengan Abang Mat (panggilan mangsa kepada suspek) sebab dah lama tak jumpa dengan suspek sejak beberapa minggu lalu, katanya.

Nurhanim berkata, beliau menerima panggilan daripada suspek kira-kira 8.30 malam pada hari kejadian yang memberitahunya, Syafia Humairah telah meninggal dunia akibat jatuh motosikal.

"Masa dia hubungi saya, dia menangis-nangis beritahu kejadian yang menimpa anak saya dan saya amat terkejut, katanya.

Beliau tidak menyangka suspek yang berperwatakan baik dan sering bergurau dengan anak-anaknya merupakan seorang yang kejam dan beliau tidak akan memaafkan perbuatan suspek.

Pasangan itu telah menjalinkan hubungan sejak empat tahun lalu dan bercadang untuk berkahwin tahun ini selepas proses tuntutan fasakh Nurhanim selesai. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.