saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 01/03/2010

Antara Kota Kinabalu, Papar dan Kota Belud


Dari kiri, Meg, penulis, Siti Hajar dan Mimi di Pasar Tamu Sabah.


JUMAAT 12 Februari lalu, saya bersama wartawan eksekutif, Siti Hajar dan jurugambar, Shahril Azman Ahmad berada di negeri Sabah yang dikenali juga sebagai Negeri Di bawah Bayu bagi meneruskan perjalanan majalah WANITA turun padang menemui wanita di akar umbi untuk berkongsi kehidupan dan aktiviti mereka bersama pembaca.

Perjalanan kami direalisasikan ekoran memenuhi jemputan ke majlis perkahwinan finalis Gadis Melayu, Norr Afzan Mohd. Afzul Khan yang juga penghias kulit keluaran khas edisi WANITA Disember tahun lalu.

Majlis pernikahan pada 12 Februari dan persandingan berlangsung pada 14 Februari.

Cantik pasangan pengantin bagai pinang dibelah dua! Tahniah Afzan dan Fadli, semoga bahagia hingga ke akhir hayat dan jadi isteri solehah dan suami soleh, insya-Allah!

Selesai majlis Noor Afzan kami ke Karambunai pada 13 Februari untuk sesi fotografi fesyen sekitar Nexus Hotel yang muncul antara hotel terbaik di dunia.

Keindahan kawasan sekitar persisiran pantai Karambunai memang tidak dapat dihurai dengan kata-kata. Terpegun seketika melihat keindahan laut, pantai dan kawasan sekelilingnya yang sungguh menakjubkan.

Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa nyata mengusik hati seperti tidak mahu melangkah pulang meninggalkan Karambunai. Namun Nexus Hotel dan Karambunai terpaksa kami tinggalkan buat sementara untuk memenuhi temujanji dengan Datuk Rosnah Shirlin,