saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 02/03/2010

Lebih 10 wakil rakyat bakal keluar parti?

KUALA LUMPUR 1 Mac - Lebih 10 Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim yang meramalkan demikian berkata, tindakan keluar parti itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

"Saya rasa ada (keluar) dan jumlah lebih 10 orang. Kira sahajalah daripada jumlah wakil rakyat yang sedia ada ditolak sosialis, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) liberal dan kroni, itulah akan menjadi jumlahnya.

"Bila mereka akan keluar? Ini macam perlawanan tinju, ia pun ada pusingan-pusingannya," kata beliau yang turut hadir pada sidang akhbar pengumuman keluar PKR oleh Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng di sini hari ini.

Menurut Salehuddin, sebab utama wakil-wakil rakyat itu bertindak keluar PKR ialah kerana tidak bersetuju dengan corak kepimpinan parti yang kebudak-budakan.

"Jikalau kita mengejek orang yang keluar parti, akhir kata, keluarga saudara ini tak ada orang, sebab semuanya kena ejek keluar.

"Yang tinggal mungkin mereka yang selama ini betul-betul berhasrat merampas parti. Kerana sekarang ini mereka inilah yang betul-betul menjalankan jarum sehinggakan suara lain tidak terdengar dan yang didengar hanya suara sosialis dan liberal.

"Tindakan ini seolah-olah mereka ini yang mula-mula dahulu berjuang dalam reformasi. Kita ketepikan aktivis parti di peringkat bawahan dan cuba 'memeluk dan berasmara' dengan orang-orang yang baru masuk sehinggakan perjuangan kita sudah terpesong," katanya.

Sementara itu, Salehuddin menafikan beliau bertindak sebagai pengarah strategi terhadap tindakan wakil rakyat PKR keluar parti memandangkan beliau turut hadir ketika Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim mengumumkan perkara yang sama.

"Pengarah strategi saya tak boleh, saya tak pandai gigit orang. Saya akan hadir jika dijemput,'' katanya.

Tindakan Tee Beng dan Zahrain keluar PKR menjadikan parti itu kini hanya mempunyai 29 ahli Parlimen di Dewan Rakyat manakala DAP (28), Pas (23) dan Bebas (lima).

Menurut Salehuddin, tindakan keluar PKR untuk menjadi ahli Parlimen Bebas jika berterusan akan menyebabkan pakatan pembangkang hilang satu pertiga di Parlimen dan mewujudkan satu blok ahli Parlimen Bebas di Dewan Rakyat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.