saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 03/03/2010

Muka surat tandatangan duta Israel dikoyak tanda protes

LONDON 2 Mac - Sebuah majlis perbandaran di Ireland mengeluarkan muka surat yang mengandungi tandatangan Duta Israel dari buku tetamu sebagai membantah penggunaan pasport palsu Ireland oleh pengintip rejim Zionis itu.

Pihak berkuasa di Carrickmacross, timur laut Ireland, mengundi untuk mengeluarkan muka surat mengandungi tandatangan Duta Israel, Zion Evrony sebagai memprotes rekod diplomatik Israel yang tidak menghormati negara lain, lapor stesen BBC hari ini.

"Saya berpendapat jika sesebuah kerajaan langsung tidak mempedulikan undang-undang antarabangsa, maka pihak berkuasa tempatan serta kerajaan kita sendiri bertanggungjawab untuk memberitahu mereka bahawa kita mengharapkan tingkah laku yang lebih baik daripada itu," kata anggota majlis perbandaran, Matt Carthy.

Langkah tersebut, bagaimanapun mendapat kritikan daripada Menteri Luar Ireland, Micheal Martin yang berkata, duta-duta asing patut dilayan dengan 'sopan dan hormat'.

Keputusan untuk mengeluarkan tandatangan Evrony itu diambil selepas enam pasport palsu Ireland dilaporkan digunakan dalam pembunuhan seorang komander kanan Hamas di Dubai pada bulan lepas.

Banyak pihak menganggap pembunuhan itu dilakukan oleh agensi perisikan Israel, Mossad.

Pengasas sayap tentera Hamas, Mahmud al-Mabhuh ditemui mati di dalam bilik hotelnya pada 20 Januari lalu selepas diberi suntikan dadah dan dilemaskan menggunakan bantal, kata polis.

Selain dokumen Ireland, pasport-pasport Britain, Perancis, Australia dan Jerman turut digunakan oleh 27 suspek dalam pembunuhan Mabhuh, menurut polis Dubai yang mendakwa Mossad melakukan pembunuhan itu.

Israel cuba meredakan kontroversi itu dan menyangkal dakwaan mengenai pembabitannya. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.