saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 04/03/2010

Kementerian Kesihatan gesa rakyat teruskan langkah pencegahan H1N1

PETALING JAYA 3 Mac - Rakyat disaran supaya sentiasa mengamalkan langkah pencegahan bagi memastikan serangan selesema babi atau influenza A (H1N1) tidak terus menular.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin berkata, penularan H1N1 sebenarnya masih aktif sehingga kini.

"Saya berharap golongan berisiko tinggi seperti warga emas, ibu-ibu mengandung dan mereka yang menghidap demam segera mendapatkan rawatan lanjut sekiranya menghidapi simptom berkaitan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita semasa melawat wartawan TV3, Azmah Dahari, di Hospital Pakar Damansara di sini hari ini.

Azmah menerima rawatan di hospital tersebut akibat kemalangan jalan raya Khamis lalu.

Tambah Rosnah, masyarakat tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab menangani virus itu kepada pihak kementerian sahaja.

"Seboleh-bolehnya, saya mahu semua pihak yang terlibat memberikan sepenuhnya kerjasama," katanya.

Akhbar hari ini melaporkan H1N1 kembali menyerang dan seorang wanita berusia 22 tahun menjadi mangsa terbarunya apabila disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian Ahad lalu.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, sebelum dimasukkan ke HUSM pada 15 Februari lalu, wanita itu dilaporkan demam dan batuk selama lapan hari.

Mangsa meninggal dunia dua minggu kemudian disebabkan gagal mendapatkan rawatan awal.

Dalam pada itu, Rosnah menegaskan, kempen kementerian bagi mencegah penularan wabak H1N1 sudah lebih daripada mencukupi.

"Bagaimanapun, kempen sahaja tidak mencukupi jika orang ramai belum sedar betapa bahayanya virus itu," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.