saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 04/03/2010

Jika trend ahli Parlimen keluar parti pembangkang berterusan - Abdullah


Abdullah Ahmad Badawi ketika merasmikan Restoran Putra Palace di Kompleks Lanai, Precint 10, Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 3 Mac - Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) boleh mengembalikan majoriti dua pertiga yang terlepas pada 2008 jika trend keluar parti untuk menjadi wakil Bebas oleh Ahli Parlimen pembangkang berterusan dalam waktu terdekat.

''Kalau berlaku lagi, ada kemungkinan (BN) boleh dapat (kembali) majoriti dua pertiga itu," kata bekas Perdana Menteri kepada pemberita hari ini.

Beliau sebelum itu merasmikan Restoran Putra Palace di LG5, Kompleks Lanai, Persiaran Seri Perdana, Persint 10 di sini.

BN kini hanya kekurangan 11 kerusi dari penguasaan majoriti dua pertiga.

Penguasaan kembali majoriti dua pertiga oleh BN hanya akan berlaku sekiranya ramalan beberapa pihak bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan kehilangan lebih 10 wakil rakyat Parlimen menjadi kenyataan dan seterusnya mereka menjadi wakil Bebas yang menyokong BN.

Abdullah yang mengulas tindakan terbaru Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar daripada PKR hari ini berkata, senario itu menunjukkan keadaan PKR semakin tenat.

''Semasa 16 September 2008, mereka menghebohkan BN akan tumbang tetapi hari ini yang tumbang ialah PKR," katanya.

Abdullah bagaimanapun mengingatkan BN supaya tidak menganggap kerapuhan pakatan pembangkang ketika ini secara automatik akan menjadikan BN lebih kuat.

''Yang lebih penting saat ini ialah BN dan UMNO kena pastikan ia lebih kuat dan mampu untuk berjasa memperjuangkan program-program pembangunan untuk rakyat," katanya.

Kata beliau: ''Setakat nak kuat hanya apabila pembangkang menghadapi masalah, kekuatan itu kelak akan meleset.

''Yang penting, biarlah apa yang kita cakapkan sebelum ini hendakkan pembaharuan dapat meyakinkan rakyat bahawa BN tetap teguh dan mampu membela nasib mereka."

Pengumuman Mohsin Fadzli, 65, itu menjadikan tiga Ahli Parlimen PKR telah keluar parti dalam tempoh kurang sebulan selepas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pada 12 Februari dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng pada 1 Mac.

Turut berbuat demikian pada 28 Februari lalu ialah bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin yang turut mengumumkan menyertai UMNO.

Dengan tindakan terbaru itu, PKR kini mempunyai 28 Ahli Parlimen, DAP (28), Pas (23) dan Bebas (enam). Barisan Nasional (BN) pula menguasai 137 daripada keseluruhan 222 kerusi di Dewan Rakyat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.