saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 04/03/2010

Tian Chua timbulkan teka-teki

KUALA LUMPUR 3 Mac - Ketidakhadiran Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua pada sidang akhbar 10 Ahli Parlimen parti itu bagi menyatakan kesetiaan pagi ini menimbulkan teka-teki.

Malah Ahli Parlimen Batu itu ketika dihubungi Utusan Malaysia juga tidak membuat penafian berhubung laporan sebuah laman blog yang mendakwa menerima maklumat bahawa beliau bakal menjadi wakil rakyat Bebas.

"Kena tunggu saya buat pengumuman (mengenai pendirian sebenar), tunggulah...," kata Tian Chua.

Beliau juga enggan menjawab soalan berhubung ketiadaannya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR itu sebaliknya berulang kali berkata: "Tunggu masa saya buat pengumuman.''

Pengendali laman blog Gerakan Anti PKR dalam entri terbaru bertajuk 'Gempar! Tian Chua Bakal Bebas?' mendakwa beliau cukup tersentak apabila menerima maklumat berkenaan.

"Tian Chua adalah seperti bayangan 'Ezam' (Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd. Nor) dalam PKR. Sepuluh tahun hidupnya bergelumang dengan reformasi dan belantan kayu FRU, kini khabarnya dia bakal meninggalkan mentornya Anwar.

"Adakah benar Tian Chua 'berlaga angin' dengan Chua Jui Meng, hero baru yang punyai gelaran Datuk Seri? Adakah Tian Chua kecewa pengorbanannya dilupakan? Kita tunggu berita lanjut," tulisnya dalam entri itu.

Hari ini, 10 Ahli Parlimen PKR mengadakan sidang akhbar bagi menyatakan kesetiaan berikutan ramalan bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim bahawa beberapa lagi wakil rakyat akan meninggalkan parti itu.

habis

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.