saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 04/03/2010

Zambry tidak terkejut tindakan Mohsin

IPOH 3 Mac - Tindakan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas, bukan perkara mengejutkan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Zambry berkata, apa yang berlaku itu memang sudah dijangka kerana umum mengetahui Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menghadapi masalah dalaman walaupun mereka cuba menyembunyikannya.

''Saya tak mahu ambil tahu kerana itu masalah mereka. Biarlah mereka hadapi sendiri. Kalau saya cakap banyak, mereka kata ini kerja UMNO.

''Lebih baik saya tidak masuk campur. Biarlah si Luncai terjun dengan labu-labunya ataupun apa sahaja," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri Perak di sini hari ini.

Menurut Zambry, beliau juga tidak pelik sekiranya Mohsin menerima pelbagai cemuhan serta cacian daripada para penyokong pakatan pembangkang ekoran tindakannya itu.

''Selama ini, siapa duduk dalam kelompok mereka semua malaikat dan semuanya hebat tetapi apabila orang itu keluar (parti) sahaja, dia menjadi manusia paling keji, paling hina, paling kotor, tidak bertamadun dan sebagainya," kata beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.