saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 05/03/2010

Bapa tidak sangka anak didera lagi hingga mati


A. Karigalan (kiri) bersama isterinya, K. Thilagawathy pilu melihat mayat, Hareswarral di rumah mereka di Petaling Jaya, semalam.


KUALA LUMPUR 4 Mac - Seorang penerbit filem bebas, A. Karigalan tidak menyangka penderaan yang pernah dilakukan terhadap anaknya, Hareswarral dua bulan lalu berulang lagi semalam sehingga meragut nyawa kanak-kanak itu.

Menurut Karigalan, 42, pada Disember lalu, dia dan isterinya pernah menemui kesan lebam akibat gigitan di pipi anaknya, kira-kira dua minggu selepas menghantar Hareswarral kepada pengasuh tersebut.

Walaupun mengesyaki perbuatan itu dilakukan oleh suami pengasuh anaknya, dia tidak berbuat apa-apa dan hanya mengarahkan isterinya, K. Thilagawathy, 23, tidak menghantar anak tunggal mereka itu ke rumah pengasuh itu lagi.

"Apa yang saya kesalkan, isteri saya masih menghantar bayi itu kepada pengasuh tersebut.

"Saya tidak sangka, perbuatan kejam itu akan berulang dan kali ini menyebabkan anak saya meninggal dunia," katanya ketika ditemui di rumahnya Flat Bestari Seksyen 17 di sini hari ini.

Hareswarral yang berusia setahun enam bulan mati akibat disyaki didera oleh suami pengasuhnya di rumah mereka di Pangsapuri Seri Ara, Damansara, awal pagi ini.

Kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat didera dengan begitu kejam. Enam tulang rusuknya patah, hatinya hancur, selain cedera parah di kepala dan kemaluan, dipercayai akibat dicekak dengan kuat berdasarkan kesan kuku yang ditemui.

Berikutan itu, polis menahan suami penjaga kanak-kanak tersebut yang bekerja sebagai kelindan lori, tengah hari ini selepas selesai proses bedah siasat.

Sementara itu, suasana hiba dan pilu menyelubungi rumah Karigalan sebaik mayat kanak-kanak itu tiba dari hospital.

Karigalan kelihatan sedih ketika menatap wajah anaknya itu untuk kali terakhir.

Namun isterinya kelihatan lemah dan tidak mampu bercakap dengan sesiapa selain tidak henti-henti mengusap muka anak tunggal mereka sambil menitiskan air mata.

Mayat mendiang sebelum itu dibedah siasat di bilik mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selama dua jam bermula pukul 10.30 pagi.

Karigalan menambah, isterinya yang merupakan ejen hartanah bebas telah meninggalkan mangsa kepada neneknya yang uzur semalam, namun bimbang sesuatu berlaku, isterinya kemudian menghantar bayinya ke rumah suspek.

Menceritakan lebih lanjut, Karigalan berkata, dia tidak marah terhadap suspek sebaliknya mahu keadilan ditegakkan.

"Saya tidak marah sebab anak saya sudah pergi (meninggal dunia) tetapi saya mahu keadilan untuknya," ujarnya.

Mayat kanak-kanak itu dibakar di Krematorium Gui Yuan di Jalan 222, Petaling Jaya pukul 5 petang ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.