saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 05/03/2010

Wilders semakin dapat sokongan di Belanda

AMSTERDAM 4 Mac - Keputusan awal tinjauan pendapat pihak berkuasa tempatan di Belanda hari ini menunjukkan pemimpin anti-Islam negara ini, Geert Wilders memperoleh sokongan besar sekali gus menjadikan beliau seorang pencabar serius dalam pilihan raya umum Jun ini.

Dalam ujian pertama pandangan awam sejak kejatuhan kerajaan campuran Perdana Menteri, Jan Peter Balkenende bulan lalu, Parti Kebebasan (PVV) pimpinan Wilders mendahului di Almere dan menduduki tempat kedua di The Hague.

Keputusan berkenaan diperoleh serentak dengan tinjauan pendapat yang menunjukkan PVV yang berkempen atas platform menentang kemasukan pendatang beragama Islam, akan memenangi paling banyak kerusi di Parlimen Belanda.

Keputusan tinjauan pendapat itu ialah PVV akan memenangi 27 daripada 150 kerusi parlimen dalam pilihan raya akan datang.

Tinjauan berkenaan juga mendapati Parti Demokrat Kristian pimpinan Balkenende dijangka menang sejumlah 26 kerusi yang menjadikannya sukar untuk membentuk kerajaan campuran yang kuat sekali gus menyukarkan lagi pemulihan ekonomi Belanda.

Populariti Wilders melalui kontroversi dengan menyamakan Islam dengan fasisme dan al-Quran dengan buku Mein Kampf milik Adolf Hitler, mencemarkan imej Belanda yang sebelum ini berbangga sebagai sebuah negara 'jaguh toleransi'.

Belanda mempunyai 16 juta penduduk di mana hampir sejuta daripadanya adalah orang Islam.

"Elit berhaluan kiri masih percaya kepada kepelbagaian budaya, bertolak-ansur dengan penjenayah dan sebuah negara Eropah yang hebat dengan cukai yang tinggi.

"Bagaimanapun baki penduduk Belanda mempunyai pandangan berbeza," kata Wilders ketika berucap di hadapan para penyokongnya di Almere semalam.

Seorang profesor politik di Vrije University di Amsterdam, Andre Krouwel berkata, pengundian tersebut jelas menunjukkan terdapat elemen tidak puas hati dan perkara tersebut pasti akan digunakan oleh Wilders sebagai batu loncatan pada pilihan raya akan datang.

Balkenende yang ketika ini menerajui sebuah kerajaan sementara menyaksikan kejatuhan kerajaan campuran pimpinannya pada 20 Februari lalu selepas Parti Kristian Demokrat gagal merayu rakannya, Parti Buruh untuk melanjutkan kehadiran tentera Belanda di Afghnistan. - Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.