saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 05/03/2010

Polis tumpaskan Geng Ah Loon, 7 ditahan, pelbagai barang curi dirampas

KUALA LUMPUR 4 Mac - Polis menumpaskan Geng Ah Loon yang aktif terlibat dalam kegiatan pecah rumah di sekitar Lembah Klang, dengan tertangkapnya tujuh ahli kumpulan itu termasuk dua wanita dalam beberapa serbuan di Cheras dan Ampang dekat sini kelmarin.

Kegiatan kumpulan itu terbongkar apabila polis menerima laporan daripada seorang lelaki mengatakan dia kerugian hampir RM20,000 selepas rumahnya di Pandan Perdana dekat sini dipecah masuk pada 15 Januari lalu.

Berikutan laporan itu, polis dari Cawangan Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk memburu kumpulan penjenayah terbabit.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, pasukan khas itu kemudian berjaya memberkas seorang lelaki berusia 27 tahun di sebuah rumah di Taman Lembah Maju di Ampang, kelmarin.

Dalam serbuan pukul 5.25 pagi itu, katanya, polis merampas sebuah komputer riba, sekeping lesen belajar memandu, dua buku bank, tiga keping kad ATM, tujuh utas jam tangan pelbagai jenama, satu kad memori, sembilan keping wang syiling lama dan empat batu permata jed dipercayai barang-barang curi.

Katanya, hasil maklumat daripada suspek, polis pada pukul 7.35 pagi hari yang sama bertindak menyerbu sebuah pangsapuri di Taman Segar, Cheras yang membawa kepada penangkapan tiga lagi ahli kumpulan itu termasuk seorang wanita berusia 22 hingga 30 tahun.

"Di pangsapuri ini, kita merampas masing-masing sebuah video kamera digital, kamera jenama Nikon, kamera digital jenama Ricoh dan teropong warna hitam serta sembilan telefon bimbit pelbagai jenama," katanya pada sidang akhbar di IPD Ampang dekat sini hari ini.

Beliau berkata, pada pukul 8.20 pagi hingga 12.30 tengah hari di sebuah hotel di Taman Shamelin, Cheras, tiga lagi rakan penjenayah termasuk seorang wanita warga Thailand diberkas bersama barang-barang curi dan peralatan digunakan untuk pecah rumah termasuk sebuah kereta Proton Persona.

Katanya, polis percaya dapat menyelesaikan 16 kes pecah rumah yang dilaporkan berlaku di Lembah Klang dengan tertangkapnya anggota Geng Ah Loon ini.

"Modus operandi kumpulan ini ialah mengintip mana-mana rumah yang ditinggalkan kosong oleh pemiliknya dan menyamun rumah itu pada waktu malam.

"Kesemua suspek yang ditahan juga didapati mempunyai rekod jenayah lampau seperti kesalahan berkaitan dadah, samun dan Undang-Undang Pencegahan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.