saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 06/03/2010

Tiga lelaki anggota geng Sawit United ditembak mati

06/03/2010 6:23pm

JEMPOL 6 Mac – Tiga lelaki anggota geng “Sawit United” mati ditembak polis selepas cuba menyerang anggota keselamatan yang mengepung mereka di kawasan tangki air, Felda Serting Hilir, Bahau, malam tadi.

Pelbagai jenis senjata tajam seperti sabit, pisau, pemotong besi dan pemutar skru ditemui berhampiran mayat ketiga-tiga lelaki itu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, dalam kejadian pada pukul 8.30 malam itu, sekumpulan 20 anggota polis yang menjalankan operasi khas memburu anggota kumpulan itu, terserempak dengan tiga lelaki yang menunggang tiga motosikal.

Sebuah daripada motosikal itu yang menggunakan plat pendaftaran Perak dilapor dicuri di Bahau, manakala dua lagi menggunakan plat Johor dan Negeri Sembilan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, polis mengekori ketiga-tiga lelaki itu sehingga ke kawasan tangki air dan mengambil tindakan mengepung mereka, dan panik akibat terkepung, ketiga-tiga lelaki itu menyerang polis dengan senjata tajam.

Beliau berkata, hasil risikan polis mendapati kumpulan itu bergerak aktif sejak setahun lepas dan terlibat dalam 13 hingga 20 kes samun di Negeri Sembilan, Johor, Melaka dan Pahang.

Mereka juga dilapor turut merogol mangsa samun.

Osman berkata, kesemua lelaki yang ditembak mati itu berusia di bawah 35 tahun. – Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.