saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 07/03/2010

Thaksin seru anjur protes besar-besaran


BEBERAPA penyokong Thaksin tidak dapat menahan kesedihan apabila mendengar keputusan Mahkamah Agung Thailand pada 26 Februari yang memutuskan akan mensita lebih separuh daripada harta Thaksin yang kesemuanya berjumlah AS$2.3 bilion. - AFP


BANGKOK 6 Mac - Bekas Perdana Menteri Thailand yang digulingkan, Thaksin Shinawatra hari ini menggunakan laman Twitternya untuk menyeru penyokongnya agar menyertai protes antikerajaan secara besar-besaran, selepas Mahkamah Agung negara ini membuat keputusan merampas kekayaan miliknya.

Penyokong beliau, 'Kemeja Merah', akan berkumpul di Bangkok pada 14 Mac ini untuk mendesak kepulangannya selepas dia digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006 dan kerajaan sekarang berundur.

"Saya mahu meminta mereka yang mencintai demokrasi, keadilan, kesamaan dan mereka yang merasakan saya telah dibuli tanpa belas kasihan dan kemanusiaan agar menyertai perarakan protes," demikian menurut Thaksin dalam laman web blog mikro itu hari ini.

Mahkamah Agung Thailand pada bulan lalu mengarahkan supaya kekayaan Thaksin bernilai AS$2.3 bilion (RM7.7 bilion) dirampas kerana diperolehi secara haram melalui salah guna kuasa dengan memberi kepentingan kepada syarikat telekomunikasi miliknya.

Beliau kini menetap di Dubai bagi mengelak daripada hukuman penjara dua tahun berhubung satu lagi kes rasuah. Beberapa dakwaan rasuah yang lain masih belum dibicarakan.

Kemeja Merah berkata, seramai 600,000 orang dijangka turut serta dalam protes itu dengan penyokong dari seluruh negara mula berkumpul pada 12 Mac ini, sebelum demonstrasi utama dilancarkan dua hari kemudian.

Sementara itu, Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva berkata, lawatan beliau ke Australia dari 13 hingga 17 Mac ini akan diteruskan, namun pendekatan keselamatan tambahan telah dibuat dan undang-undang lebih ketat akan dikenakan.

Kem penyokong dan penentang Thaksin telah menjalankan kempen jalanan sejak beliau digulingkan, menyaksikan beberapa demonstrasi bertukar ganas dan meragut nyawa.

Kekecohan yang dicetuskan Kemeja Merah pada April tahun lalu telah menyebabkan Sidang Kemuncak ASEAN dibatalkan dan dua orang terbunuh. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.