saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 07/03/2010

Kakitangan Politiken tolak tindakan mohon maaf

COPENHAGEN 6 Mac - Sebahagian kakitangan sebuah akhbar harian Denmark, Politiken menolak tindakan akhbar itu memohon maaf kepada umat Islam berhubung penyiaran karikatur Nabi Muhammad yang memakai serban berbentuk bom pada 2008.

Dalam satu surat yang disiarkan akhbar itu hari ini, 38 kakitangan akhbar berkenaan menyatakan bahawa tidak ada apa-apa yang perlu dimohon maaf dan menyifatkan tindakan akhbar itu memohon maaf seperti menyesal dengan kerjayanya.

Politiken mempunyai kira-kira 200 kakitangan.

Minggu lalu, Politiken memohon maaf kerana menyinggung perasaan umat Islam berikutan penyiaran karikatur berkenaan pada 2008, yang dilakukannya selepas polis mendedahkan rancangan pihak tertentu untuk membunuh pelukisnya, kartunis Kurt Westergaard.

Permohonan maaf itu juga dibuat bagi menyelesaikan masalah berkenaan dengan seorang peguam Arab Saudi, yang mewakili lapan anggota kumpulan Islam di Asia Barat dan Australia yang menyaman Politiken kerana menyinggung perasaan umat Islam dengan menyiarkan karikatur itu. - AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.