saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 09/03/2010

Masjid baru Shah Alam


Tengku Sulaiman Shah (tengah) melihat model masjid Tengku Ampuan Jemaah selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah, Penentuan Arah Kiblat dan pelancaran Dana Wakaf Pembangunan Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong, Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 8 Mac - Umat Islam di sini bakal mendapat sebuah lagi masjid apabila masjid kedua terbesar selepas Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah disiapkan pembinaannya menjelang 2012.

Masjid yang diberi nama Masjid Tengku Ampuan Jemaah yang terletak di Bukit Jelutong itu akan dibina dengan kos RM23 juta di atas tapak tanah seluas 2.1 hektar.

Apabila siap kelak, masjid yang mampu memuatkan 5,000 jemaah dalam satu masa itu akan turut mempunyai pelbagai kemudahan seperti dewan serbaguna, pusat sumber, pusat jagaan kanak-kanak serta bilik kuliah.

Kos pembinaannya disumbangkan oleh syarikat hartanah tempatan, Sime Darby Property serta kerabat diraja Selangor melalui Dana Wakaf Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang masing-masing menyumbangkan RM6 juta.

Turut menyumbangkan kos pembinaan masjid yang berkonsepkan seni bina dari Timur Tengah itu ialah penduduk Bukit Jelutong melalui kutipan dana khas wakaf sebanyak RM200,000 manakala selebihnya disumbangkan oleh kerajaan negeri.

Pengarah Urusan Sime Darby Property, Datuk Tunku Putra Badlishah Tunku Annuar berkata, pembinaan masjid berkenaan akan membolehkan umat Islam di Selangor khususnya di Bukit Jelutong untuk menunaikan tanggungjawab mereka kepada Allah SWT dengan lebih selesa.

Malah, katanya, masjid berkenaan diharap akan berperanan menyatukan ummah selain merapatkan silaturahim di kalangan masyarakat.

"Apabila siapnya masjid ini, kita amat berharap ia dapat memperhebatkan lagi aktiviti kerohanian dan pembinaan masyarakat yang lebih aktif dalam mencapai matlamat memacu kecemerlangan.

"Dalam masa yang sama, kita juga harapkan seluruh masyarakat terutamanya kariah serta ahli jawatankuasa masjid ini yang dilantik hari ini dapat mengurus dan mempelbagaikan usaha-usaha ke arah meningkatkan minda masyarakat yang berilmu, bertakwa dan progresif," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah dan menentukan arah kiblat bagi pembinaan Masjid Tengku Ampuan Jemaah di sini hari ini.

Upacara tersebut disempurnakan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah selaku wakil kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pada majlis tersebut itu, Dana Wakaf Pembangunan Masjid Tengku Ampuan Jemaah dilancarkan bagi memberi kemudahan kepada orang ramai untuk menyalurkan sumbangan.

Dalam ucapannya itu, Tengku Putra Badlishah turut meminta pihak pengurusan masjid itu agar melibatkan generasi muda dalam program yang disusun bagi mendekatkan mereka dengan masjid.

"Melalui usaha sedemikian, ia dilihat mampu melahirkan modal insan dan generasi pelapis negara yang berkualiti serta memiliki akhlak yang terpuji," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.