saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 10/03/2010

Mangsa terselamat ceritakan gempa bumi di timur Turki


SEORANG lelaki memikul jenazah anak perempuannya yang terbunuh dalam kejadian gempa bumi yang meranapkan kampung Okcular, wilayah Elazig di Turki, kelmarin. - REUTERS


OKCULAR, Turki 9 Mac - Beratus-ratus mangsa yang terselamat daripada bencana gempa bumi di timur Turki semalam, berlindung di dalam khemah dan memanaskan badan dengan menyalakan unggun api untuk menempuh cuaca sejuk selepas gegaran kuat meranapkan kediaman di lima perkampungan dan meragut 57 nyawa.

Kawasan yang paling terjejas teruk adalah perkampungan Okcular yang diduduki etnik Kurdis, dengan hampir semua bangunan roboh.

Sekurang-kurangnya 15 daripada 900 penduduk kampung itu terbunuh, demikian menurut pejabat wilayah Elazig.

Udara juga masih dipenuhi dengan habuk runtuhan rumah dan bangsal.

Gempa bumi sebelum subuh itu berlaku ketika ramai penduduk nyenyak tidur, meranapkan bangunan yang tidak dibina dengan kukuh.

Mangsa yang panik melarikan diri dari perkampungan kaki bukit di depan kawasan pergunungan bersalji, malah ada yang keluar melalui tingkap untuk menyelamatkan nyawa masing-masing.

"Saya cuba keluar melalui pintu tetapi ia tidak boleh dibuka. Akhirnya saya keluar mengikut tingkap dan mula membantu jiran-jiran yang lain," kata Ali Reza Ferhat kepada televisyen NTV.

Pusat seismologi Kandilli menyatakan gempa bumi sekuat 6 pada skala Richter itu berlaku pada pukul 4.32 pagi semalam (pukul 10.32 pagi semalam waktu Malaysia) dekat perkampungan Basyurt yang terletak di pedalaman wilayah Elazig. Kawasan itu terletak 550 kilometer di timur Ankara.

USGS bagaimanapun meletakkan magnitud gegaran sekuat 5.9 pada skala Richter.

Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan dan pengarah Pemantauan Kandilli, Mustafa Erdik, meminta penduduk agar tidak memasuki mana-mana rumah yang rosak kerana kemungkinan ia akan roboh sekiranya berlaku gegaran susulan selama beberapa hari.

Setakat semalam sahaja, lebih 100 gempa susulan berukuran sehingga 5.5 pada skala Richter menggegarkan kawasan itu.

Selain mangsa yang maut, seramai 34 penduduk yang cedera sedang dirawat, kata pusat krisis Turki.

Gabenor wilayah, Muammar Erol berkata, seramai 15 orang terbunuh di perkampungan Yukari Demirci yang terletak berhampiran, sementara masing-masing empat korban di perkampungan Kayalik dan Gocmezler. Seramai 10 lagi maut semasa dikejarkan ke hospital bandar Kovancilar. - AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.