saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 10/03/2010

24 bulan yang serabut: Anwar sudah jadi kupang tembaga?

NAMPAK gayanya Anwar Ibrahim mengambil peluang penangguhan kes liwatnya untuk membuat roadshow syarahan perdana sana-sini. Beliau sudah gabra dan kalut dengan keadaan dalam PKR sekarang.

Seorang demi seorang ahli Parlimennya keluar parti. Khabarnya ada lagi yang akan menyusul selepas ini. Ramai yang sudah fed up dengan politik silap mata Anwar. Anwar pula nampaknya cukup bengang dengan situasi sekarang.

Sudahlah kes liwatnya pun belum selesai dan macam-macam permohonannya di mahkamah ditolak, kini orang-orang dia pula melarikan diri. Anwar sudah tidak berpengaruh lagikah? Atau belangnya sudah relai sedikit demi sedikit?

Lebih memeningkan blog yang semakin popular, berpengaruh, ditakuti --digerakkan oleh bekas pengikut taksub PKR sendiri www.gerakan-anti-pkr.blogspot.com pula menyiarkan video mengenai tingkah-laku sebenar Anwar yang dipetik dari laman maya YouTube.

Video itu antaranya menyiarkan ‘‘begitu sakitkah Anwar dulu sehingga terpaksa memakai pendakap leher dan terpaksa berkerusi roda? Pendirian Anwar mengenai isu murtad Lina Joy dan kisah beliau semasa menjalani rawatan di Munich dan lain-lain’'.

Dua tahun nampaknya terlalu rapuh bagi parti itu. Saintis politik meramalkan, PKR sukar untuk bertahan lama.

Sesungguhnya PKR survive hanya kerana Anwar. Tapi boleh survivekah PKR, jika sekarang pun Anwar dikatakan sudah terpaksa mengupah orang untuk membaca yassin untuknya.

Anwar kini hanya sibuk berkuntau untuk melepaskan tengkoknya dari kes yang dihadapi. Oleh sebab itulah orang-orangnya mula melarikan diri.

Pemerhati politik kini mula berkata Anwar sudah menjadi ‘kupang tembaga’ (istilah Melayu lama bererti tidak berguna atau istilah daerah ‘tak laku seduit!’).

Persoalannya apakah PKR akan hidup hanya dengan kepimpinan Wan Azizah sahaja? Menurut Zulkifli Noordin pula, Wan Azizah sudah gagal dan dia cakap tak serupa bikin.

Rakannya Pas pula hanya dimenang sorak oleh pengikut-pengikut bawahan yang taksub. Tukang gantung bendera Pas dan penceramahnya memang dikenali cukup aktif. Namun di sebalik itu, orang atas Pas pula terbelah dua. Seorang totok kepada Anwar - sehinggakan Mufti Perak pun disumbunya. Seorang lagi pula menyepi seperti tiada apa-apa berlaku. Dia ini pula suka ke arah perpaduan Islam dan Melayu - yang ditolak mentah-mentah oleh tokoh totok itu.

DAP seperti biasa tak banyak cakap. Mereka hanya mahu menjaga elok-elok Pulau Pinang. Pulau Pinang yang mereka idam-idam begitu lama (melalui Projek Tanjung I, II, III dan berjaya dalam Tanjung IV) merupakan lubuk emas bagi mereka. Tak banyak cakap bermakna tak banyak kontroversi. Namun sikap cauvinis DAP tidak boleh dibendung.

Namun, tingkah-laku mereka sedang diperhatikan dengan teliti oleh aktivis Islam-Melayu.

Bapa kepada anak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Kit Siang pula malu-malu apabila dijemput oleh Anwar ‘‘ambillah jawatan Ketua Pembangkang ini’'.

Walaupun dalam hati berkata ‘‘amboi syoknya’' tapi lidahnya terkelu-kelu. Kit Sianglah sepatutnya memegang jawatan ketua pembangkang di Parlimen sekarang. Partinya kini menjadi parti pembangkang terbesar berbanding dengan PKR dan Pas selepas berlaku exodus keluar beramai-ramai dari PKR.

Tawaran Anwar itu dengan sendiri bererti dia sedar partinya sudah merudum. Apa tidaknya, kerusi parlimen PKR hanya tinggal 27, sebaliknya DAP mempunyai majoriti 28 kerusi dan Pas pula 23 kerusi. Apa pun, bab ini kita tunggu untuk perkembangan seterusnya.

Negeri Selangor pula, yang tak buat apa-apapun dalam tempoh dua tahun ini, tidak boleh berbangga langsung dengan sambutan pemerintahannya itu. Semua yang ada di negeri terkaya di Malaysia ini telah pun dibina dan diasaskan oleh kerajaan UMNO-BN dulu.

Rakyat Selangor yang boleh hidup sekarang adalah hasil kerajaan dulu. Kawasan perumahan memberi teduh dari hujan dan panas tumbuh bagai cendawan, kilang-kilang perusahaan yang memberi makan minum kepada rakyat Selangor semuanya adalah hasil perancangan tersusun kerajaan Selangor dulu.

Ibu negerinya, Shah Alam yang menjadi kebanggaan orang Melayu di Malaysia diasaskan oleh kerajaan UMNO-BN dulu.

Rakyat Selangor tidak akan lupa sumbangan menteri-menteri besar dulu yang membangunkan negeri itu.

Antara Menteri Besar Selangor yang kita sudah lupa ialah Allahyarham Datuk Harun Idris, pejuang sejati Melayu, yang juga pernah dipenjara, selama empat tahun - tapi tak seperangai macam Anwar.

Jasa Datuk Harun, bekas Ketua Pemuda UMNO yang digeruni itu akan terus dikenang sampai bila-bila. Kita mahu cadangkan Allahyarham Datuk Harun dianugerahkan dengan gelaran Tun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Di Kedah, juga tiada apa yang berlaku. Semuanya berjalan lesu, selesu Sungai Korok di Alor Setar. Menteri Besarnya, Azizan tidak cakap banyak. Beliau banyak main psikologi untuk menjadi popular.

Industri Sungai Petani dan Kulim hi-tech yang begitu maju juga dibangunkan oleh kerajaan dulu. Dua tahun ini tidak tahu apa yang berlaku. Saya tidak nampak dalam tempoh dua tahun lagi pun apa-apa akan berlaku. Jika dulu van kilang keluar-masuk kampung bawa pekerja bekerja di kilang, sekarang nampaknya muram.

Mungkin silap hari bulan, Pahang akan akan menggantikan Kedah sebagai negeri jelapang padi negara. Tok Nan, Menteri Besar Pahang membawa masuk teknologi penanaman padi dari Korea Utara yang boleh menghasilkan 12 tan sehektar.

Kelantan pula akan berlaku perubahan. Orang Kelantan sudah mahukan perubahan. Oleh itu UMNO mulai sekarang sudah kena bijak mencari orang untuk memimpin negeri itu.

Rakyat Kelantan sudah bosan dengan politiking kerajaan negeri itu. Kerajaan 21 tahun Pas Kelantan sudah cukup. Mereka hanya tahu bermain dengan sentimen hati nurani rakyat walaupun mereka tahu royalti minyak mustahil akan diperoleh.

Hanya kerajaan Pusat yang hilang akal sahaja yang akan memberikan wang royalti berbilion-bilion ringgit kepada kerajaan musuhnya untuk dibelanjakan bagi menghentamnya kembali.

Oleh itu, wahai Pas Kelantan, to’ soh bisinglah. Jika mereka memerintah di Pusat pun, cara yang sama akan dilakukan.

Sekarang ini, tadika Kemas pun mahu dirampas, inikan pula royalti berbilion-bilion ringgit. Wahai rakyat yang tidak boleh berfikir, fikir-fikirkanlah. Inikan namanya politik. Di mana-mana di dunia pun inilah caranya politik dimainkan.

Kesimpulannya, dua tahun pemerintahan pembangkang hanyalah tin kosong. Mereka semua juara bercakap, berceramah dan membangkang -- tapi habuk pun tarak. Anwar sebenarnya ialah liability atau masalah atau istilah Melayu lama: biawak hidup kepada pakatan itu.

Akhir kata, buka minda, buka hati - tepuk dada, tanya selera. Orang tua-tua ada berpesan: Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.