saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/03/2010

Kes balak: MB arah sedia laporan lengkap

IPOH 10 Mac – Jabatan Perhutanan negeri diarah menyediakan laporan lengkap berkaitan kes pembalakan haram yang berlaku di kawasan berhampiran Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Dalam masa yang sama, pihak terbabit turut diarah menjalankan aktiviti pemantauan berterusan dalam usaha memastikan tiada lagi wujud kegiatan berleluasa pembalakan haram di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menegaskan, beliau tidak akan bertolak-ansur terhadap pihak yang didapati bersalah atau terlibat melakukan kegiatan tersebut.

‘‘Saya telah meminta Jabatan Perhutanan menyediakan laporan lengkap tentang apa yang dikatakan berlaku pembalakan haram ini.

‘‘Kita mahu mendapatkan kebenaran sama ada berlaku pembalakan haram atau tidak. Saya tidak boleh pastikan lagi sehingga Jabatan Perhutanan keluarkan laporan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Bangunan Darul Ridzuan di sini hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.