saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 11/03/2010

Artis isi tabung mangsa gempa Haiti


Selain menderma, pelbagai barangan seperti cakera padat dan kemeja-T dijual bagi mengisi tabung membantu mangsa gempa bumi di Haiti.


PERSEMBAHAN amal Band Aid For Haiti merupakan salah satu usaha daripada golongan artis tempatan untuk mengumpul dana bagi meringankan beban masyarakat di Haiti yang dilanda gempa bumi baru-baru ini.

Persembahan amal anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dengan kerjasama 2crank.com itu berjaya menghimpunkan lebih 14 artis tanah air bagi mengutip derma untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa di sana.

Menurut Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, persembahan percuma yang diadakan dari pukul 3 petang hingga 8 malam itu berjaya mengutip derma hampir RM5,000 daripada pengunjung yang hadir memberi sokongan.

"Kempen untuk menderma bagi mengisi tabung mangsa gempa di Haiti ini datang hasil perbincangan Karyawan dan 2crank.com yang menjual banyak barangan artis seperti album menerusi Internet.

"Kami akan meneruskan usaha ini sehingga 20 Mac ini di mana selepas ini sasaran kami ialah bagi mengutip derma di kalangan badan-badan koporat pula. Kami harap jumlah yang akan dikutip nanti akan lebih banyak berbanding hari ini.

"Kesemua kutipan derma yang dikumpul akan disalurkan kepada pertubuhan Mercy Malaysia. Mereka akan salurkan terus ke Haiti kelak," katanya kepada Hits sewaktu ditemui pada persembahan itu baru-baru ini.

Pada persembahan amal yang diadakan di Laundry Bar, The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor itu, artis-artis yang hadir bukan sahaja memberi komitmen padu, malah mereka juga tidak mendapat bayaran.

Menurut Freddie, setiap artis bukan sahaja mengadakan persembahan dengan cara menyanyikan lagu-lagu yang bersesuaian temanya tetapi juga turun padang bagi mengutip sendiri derma daripada para pengunjung petang itu.

"Ada di antara mereka yang menyanyikan satu hingga tiga lagu secara percuma.

"Selain itu, kami juga memilih lagu We Are The World yang pernah popular pada tahun 1980-an bagi mengisi tabung kebuluran di Afrika pada hari ini.

"Lagu itu dinyanyikan secara beramai-ramai oleh artis terbabit di mana tema dan populariti lagu itu sesuai dengan persembahan amal ini yang mendapat sambutan amat baik daripada para pengunjung di sini," ujarnya.

Pada acara itu Maya Karin merupakan antara selebriti yang tidak mahu ketinggalan menjayakan kempen murni itu.

Apatah lagi pelakon dan penyanyi popular itu sebelum ini memang terkenal dengan kerja-kerja amalnya termasuklah dalam usaha memulihara alam sekitar.

Kata artis berdarah kacukan Melayu-Jerman ini, dia bukan sahaja rasa terpanggil untuk menjayakan persembahan amal itu kerana tanggungjawab sosialnya sebagai selebriti tetapi juga atas dasar kemanusiaan.

"Kebetulan hari ini saya ada masa lapang, jadi inilah masanya saya mencurahkan sedikit sebanyak bakat dan komitmen yang mampu saya hulurkan. Mungkin dengan populariti yang saya ada ini ia akan membantu kempen tersebut.

"Saya pun tidak banyak membuat persediaan, hanya menyanyikan sebuah lagu menggunakan minus ones sahaja," katanya yang menyanyikan lagu Change The World yang pernah dipopularkan oleh penyanyi Barat, Eric Clapton.

Penyanyi remaja, Aizat yang tampil mengadakan persembahan dengan menyanyikan dua buah lagu berjudul Erti Hari Ini dan Mana Oh Mana berasa puas kerana dapat menjayakan kempen itu biarpun tanpa mendapat sebarang bayaran.

Jelas komposer muda yang berjiwa besar ini, dia mengharapkan sumbangan yang dihulurkan menerusi bakat seninya itu bukan sahaja diharap dapat meringankan beban masyarakat Haiti tetapi juga membuka mata rakyat di negara ini.

"Walaupun sumbangan ini sedikit tetapi sekurang-kurangnya ia dapat menginsafkan diri kita terhadap orang lain yang kurang bernasib baik seperti mangsa-mangsa gempa bumi di Hati. Kita tidak tahu bila musibah akan menimpa kita.

"Kebetulan dua lagu yang saya nyanyikan itu merupakan lagu terbaru ciptaan saya dan abang saya, Anas. Erti Hari Ini asalnya tentang insiden keganasan yang berlaku di Gaza, Palestin tetapi ia sesuai juga untuk kempen ini," jelasnya.

Vokalis kumpulan OAG, Radhi yang tampil dengan kumpulan barunya Radhi O pula menghiburkan audiens menerusi sebuah lagu berjudul Di Bawah Satu Tanah Air.

Apa yang menarik mana tema lagu itu menyeru agar semua bangsa bersatu demi keamanan dunia.

Dengan melodi lagu itu yang cukup mendayu-dayu ditambah dengan liriknya yang puitis, Radhi berharap ia mampu meruntun penghayatan para penonton dan seterusnya menghulurkan derma bagi mengisi tabung kebajikan tersebut.

"Dalam hal ini, kita sepatutnya tanpa mengira bangsa, agama dan negara seharusnya tampil membantu semampu yang boleh bagi meringankan beban mangsa gempa bumi di Haiti.

"Di Bawah Satu Tanah Air merupakan lagu baru saya.

"Saya persembahkan lagu ini secara eksklusif semata-mata bagi menjayakan persembahan ini. Saya mungkin akan merakamkan lagu itu dalam waktu yang terdekat ini," ujarnya yang tampil secara unplugged pada persembahannya itu.

Selain Maya Karin, Aizat dan Radhi, persembahan Band Aid For Haiti turut dijayakan oleh Iqwal, An Honest Mistake, Ash Nair.

Tidak ketinggalan artis-artis lain seperti Car Crash Hearts, Republic Of Brickfields, Sabhi Saddi, Saturnine, Amylea AF, Cynosure, Awan Band, Nadia AF, Zul King dan Johnny Comes Lately turut mengambil kesempatan mempamerkan bakat mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.