saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 11/03/2010

Indonesia tingkat perang ke atas pengganas menjelang lawatan Obama


Pasukan forensik Indonesia mengumpulkan bukti dari sebuah rumah yang ranap dalam kejadian tembak-menembak antara polis dan suspek pengganas di bandar Batu, Jawa Timur pada 10 November 2005. Polis percaya pengganas rakyat Malaysia Azahari Husin terbunuh dalam serbuan itu. – Reuters


LAWATAN Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Indonesia yang dijadual bulan ini memberi rangsangan baru terhadap usaha membanteras keganasan yang menyaksikan seorang militan paling dikehendaki ditumpaskan dan para pengikutnya kini goyah, kata para penganalisis.

‘‘Pemimpin terkemuka dan paling berkuasa di dunia akan melawat Indonesia, jadi pihak berkuasa perlu menangani sebarang kemungkinan serangan militan,’’ kata Noor Huda Ismail, seorang penganalisis ekstremisme.

Obama bersama Wanita Pertama, Michelle dan anaknya, Malia dan Sasha dijadual melawat Indonesia, negara di mana beliau menetap selama empat tahun ketika zaman kanak-kanak, mulai 20 hingga 22 Mac sebelum berkunjung ke Australia.

Di Canberra semalam, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mengesahkan polis berjaya membunuh Dulmatin, seorang daripada perancang pengeboman di Bali pada 2002 yang membunuh 202 orang, kebanyakannya pelancong.

Dulmatin yang ditawarkan hadiah sebanyak AS$10 juta (RM34 juta) oleh AS bagi sebarang maklumat yang membawa kepada penahananya ditembak di kepala bersama dua lagi rakannya di Jakarta, semalam.

Kematian mereka merupakan yang terkini dalam pembanterasan yang dilancarkan pada 22 Februari lalu apabila polis menyerbu kem latihan ekstremis di sebuah kawasan terpencil di wilayah Aceh.

Sejak operasi di Aceh, polis berkata, mereka memberkas 22 suspek militan termasuk pembekal senjata api dan pembiaya. Penganalisis berkata, tangkapan tersebut mungkin memberikan maklumat pengintipan penting berkaitan kumpulan militan Dulmatin, Jemaah Islamiyah (JI).

JI yang bermatlamat menubuhkan negara Islam di Asia Tenggara mendapat inspirasi daripada al-Qaeda dan dituduh melakukan banyak pengeboman di Indonesia termasuk pengeboman di Bali dan serangan ke atas hotel-hotel di Jakarta pada tahun lalu.

Ismail berkata, serbuan baru-baru ini telah melumpuhkan JI sepenuhnya tetapi beliau memberi amaran, ancaman keganasan kekal wujud, terutamanya dengan kemunculan banyak kumpulan serpihan yang menyokong idea kekerasan.

Noordin Mohammad Top, pemimpin sebuah kumpulan serpihan JI ditembak mati oleh pasukan keselamatan Indonesia pada September lalu.

Pihak berkuasa Indonesia berkata, lawatan Obama dijangka diteruskan seperti yang dijadual dan disifatkan oleh seorang penganalisis sebagai tanda keyakinan AS kepada keupayaan negara majoriti penduduk Islam, Indonesia untuk mengekalkan keselamatan.

‘‘AS memang mengetahui situasi keselamatan di mana-mana. Jika mereka berasa tidak selamat, mereka tidak akan membenarkan Presiden pergi,’’ kata John Harrison, seorang penganalisis keselamatan di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.

‘‘Operasi-operasi terkini menunjukkan betapa serius Indonesia (membanteras keganasan) dan merupakan pengiktirafan terhadap keupayaan yang mereka miliki untuk bertindak secara bertanggungjawab apabila mendapat maklumat,’’ katanya. – AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.