saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 11/03/2010

7 disyaki mahu bunuh kartunis Sweden

DUBLIN 10 Mac - Polis Ireland menangkap tujuh orang yang disyaki terlibat dalam komplot untuk membunuh seorang kartunis Sweden yang melukis karikatur Nabi Muhammad SAW dengan badan seekor anjing.

Empat lelaki dan tiga wanita itu ditangkap semalam di pekan Cork dan Waterford, selatan Ireland, dalam operasi bersepadu dengan kerjasama agensi-agensi keselamatan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Polis berkata, suspek tersebut ditangkap berhubung komplot untuk membunuh kartunis Sweden, Lars Vilks.

"Operasi ini adalah sebahagian siasatan mengenai konspirasi untuk melakukan jenayah berat iaitu untuk membunuh seorang individu di negara lain," menurut kenyataan perkhidmatan polis Ireland.

Tujuh suspek yang ditahan itu berusia antara pertengahan 20-an hingga lewat 40-an, kata polis Ireland. Stesen penyiaran kerajaan, RTE melaporkan, mereka berasal dari Maghribi dan Yemen tetapi semuanya berada di Ireland secara sah.

Vilks mula menerima ugutan bunuh selepas karikaturnya yang menggambarkan Nabi Muhammad SAW sebagai seekor anjing disiarkan dalam akhbar Sweden, Nerikes Allehanda pada 18 Ogos 2007, di sisi ruangan lidah pengarang mengenai kebebasan bersuara dan beragama.

Karikatur itu mencetuskan protes daripada penduduk Islam di pekan Oerebro, ke barat Stockholm, yang merupakan ibu pejabat akhbar tersebut, manakala Mesir, Iran dan Pakistan mengemukakan bantahan rasmi.

Sebuah pertubuhan berkaitan al-Qaeda kemudian menawarkan hadiah wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM340,000) untuk membunuh Vilks, dengan bonus sebanyak AS$50,000 (RM170,000) jika lehernya dikelar, dan AS$50,000 lagi untuk pembunuhan ketua pengarang Nerikes Allehanda, Ulf Johansson.

Sementara itu, sekurang-kurangnya tiga akhbar Sweden hari ini menyiarkan semula lukisan karikatur itu selepas komplot yang merancang untuk membunuh Vilks didedahkan di Ireland.

Lukisan karikatur itu disiarkan akhbar Dagens Nyheter, Expressen dan akhbar harian Malmo, Sydsvenska Dagbladet.

Akhbar Dagens Nyheter yang sekali lagi menyiarkan imej kontroversi tersebut sambil menegaskan bahawa Vilks 'tidak berseorangan dalam konflik itu'.

"Ancaman terhadapnya adalah ancaman kepada semua rakyat Sweden," jelas akhbar itu dalam lidah pengarangnya. - AGENSI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.