saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 11/03/2010

JAS diminta baiki kebocoran paip di Menumbok


SETIAusaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Abdullah Hussin (dua dari kiri) menyerahkan cenderamata kepada Lajim Ukin yang singgah di gerai USIA pada majlis Juara Rakyat UMNO Beaufort di tapak tamu pekan Beaufort, Sabah, semalam.


BEAUFORT 10 Mac - Jabatan Air Sabah (JAS) diminta membaiki kebocoran paip di Menumbok, dekat sini, yang masih tidak dapat dikesan hingga mengakibatkan bekalan air di kawasan itu terjejas.

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin berkata, kerja-kerja mengesan kebocoran perlu dilakukan segera kerana penduduk di situ tidak mempunyai sumber air lain.

"Ketika ini dalam musim kemarau, pihak Jabatan Daerah Kuala Penyu terpaksa menghantar bekalan air ke kawasan terjejas dengan bantuan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan JAS.

"Difahamkan sebab utama kebocoran itu ialah keadaan saluran paip yang sudah terlalu lama dan tidak lagi sesuai digunakan. Masalah ini perlu diambil perhatian serius oleh JAS," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Juara Rakyat UMNO Beaufort dan dialog bersama jabatan dan agensi kerajaan di pekarangan Surau Kampung Jagus, Menumbok dekat sini hari ini.

Lajim mengulas masalah bekalan air khususnya kawasan luar bandar di Menumbok yang melibatkan Kampung Tanjung Aru, Jagus, Kilgugus, Melikai, Menumbok dan Mempakul.

Katanya, kebocoran itu menyebabkan bekalan air tidak dapat disalur ke Loji Air Limbawang, di sini yang merupakan sumber air utama kepada penduduk di Menumbok.

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menambah, kerajaan tidak mempunyai masalah memberi dana untuk membaiki paip tersebut tetapi kebocoran perlu dikesan terlebih dahulu.

"Jika kerajaan boleh menyediakan peruntukan yang besar untuk membina loji air, bukanlah satu halangan bagi kerajaan memberi peruntukan bagi membaiki saluran paip itu," katanya.

Jelasnya, loji berkenaan yang dibina dengan kos RM30 juta dan mempunyai kapasiti 15 juta liter sehari mampu untuk menampung keperluan penduduk di Menumbok.

Beliau berkata, loji air Limbawang yang berharga RM30 juta ringgit yang menghasilkan 15 juta liter air sehari, mampu mengatasi sepenuhnya keperluan bekalan air di Menumbok.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.