saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 11/03/2010

Murid SK Kg. Bahru, Senggarang lawat kilang Utusan


MOHD. Harith Mahsuri (kiri) memberi penerangan mengenai akhbar Utusan Malaysia kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bahru, Senggarang, Batu Pahat di kilang Utusan Tebrau, Johor, semalam.


JOHOR BAHRU 10 Mac - Seramai 35 murid dan 13 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bahru, Senggarang, Batu Pahat mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Percetakan Utusan Melayu (M) Berhad Tebrau di sini hari ini.

Rombongan berkenaan diberi penerangan mengenai sejarah perkembangan akhbar Utusan Malaysia dan juga struktur organisasi di kilang berkenaan oleh Eksekutif Pengeluaran Utusan Melayu, Mohd. Harith Mahsuri.

Penolong Kanan (Kokurikulum) sekolah berkenaan, Kartini Saleh berkata, lawatan tersebut bertujuan mengetahui selok-belok penerbitan akhbar Utusan Malaysia.

"Sekolah kami sememangnya merupakan pelanggan utama akhbar Utusan Malaysia sejak dulu lagi kerana banyak berita terkini yang kita dapat melaluinya.

"Selain itu, sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) juga banyak membantu proses pembelajaran murid-murid," katanya.

Kartini berkata, lawatan tersebut juga merupakan salah satu aktiviti luar kelas bagi mendedahkan murid-murid dengan dunia luar.

Seorang murid tahun empat, Sya'brina Mohd. Riduan, 10, mengakui begitu teruja apabila mengetahui terpilih mengikuti lawatan tersebut.

"Selama ini saya selalu baca Utusan Malaysia yang terdapat di sekolah, tetapi hari ini saya dapat melihat sendiri cara ia diterbitkan," katanya.

Rakannya, Arif Hakimi Safri, 10, pula berkata, lawatan itu dapat memberinya ilmu pengetahuan tentang penerbitan sesebuah akhbar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.