saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 11/03/2010

Tabung Haji tolak dakwaan


Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor


BARU-BARU ini mantan Pengerusi dan Pengarah Besar Lembaga Urusan dan Tabung Haji, YBhg Tan Sri Hanafiah Ahmad, telah memberi pandangannya tentang Lembaga Tabung Haji (TH) kepada satu akhbar tempatan.

TH menerima input beliau secara positif dan akan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memantapkan lagi organisasi yang penting di negara ini di dalam menjaga kepentingan pendeposit khasnya dan ekonomi ummah amnya.

Lembaga Tabung Haji (TH) telah berjaya merekodkan prestasi kewangan yang cemerlang pada tahun 2009, iaitu satu tempoh yang mencabar bagi syarikat-syarikat dan pengurus-pengurus dana di Malaysia yang menghadapi kemelut ekonomi global yang agak serius.

TH mencatatkan pendapatan berjumlah RM1.7 bilion bagi tahun 2009, peningkatan 12 peratus atau berjumlah RM176 juta berbanding dengan 2008 di mana TH membuat pendapatan sebanyak RM1.5 bilion.

Jika diteliti secara dekat pertumbuhan yang memberangsangkan ini telah dapat diperolehi sejak empat tahun yang lalu di mana pada tahun 2006 TH mencatatkan pendapatan berjumlah RM1.1 bilion. Di samping itu, keuntungan TH juga telah melonjak pada tahun 2007 di mana bagi kali pertamanya TH mencatat keuntungan melebihi RM1 bilion. Alhamdullillah, semenjak itu TH berjaya mengekalkan keuntungan melebihi RM1 bilion tersebut.

Kadar pertumbuhan purata pendapatan TH telah berkembang pada kadar dua digit sejak 2002. Ini adalah berikutan amalan polisi pengurusan dan pelaburan yang mantap oleh organisasi ini.

Jumlah pendeposit di TH juga telah meningkat dari setahun ke setahun. Pada tahun 2009 terdapat seramai 5.1 juta pendeposit di TH berbanding dengan 4.7 juta pada tahun 2008. Dana pendeposit terkumpul juga telah meningkat kepada RM23.6 bilion pada tahun 2009 berbanding dengan RM20.6 billion pada tahun 2008.

Dari rekod prestasi TH, bolehlah disimpulkan yang strategi pengurusan perniagaan dan pelaburan organisasi ini berjaya mencapai objektif yang digariskan.

Memang tidak dapat dinafikan sejak kebelakangan ini nama TH sering muncul di ruangan akhbar tempatan. Ia sering dikaitkan dengan pelaburan-pelaburan TH di dalam syarikat-syarikat tertentu.

Ingin ditekankan di sini bahawa sebarang keputusan oleh TH bagi membuat pelaburan ke dalam syarikat-syarikat berkenaan tidak dilakukan tanpa penilaian terperinci. Ia melalui beberapa proses sebelum dilaksanakan.

Setiap cadangan pelaburan yang dibuat oleh Jabatan Kewangan Korporat & Perkhidmatan TH atau Jabatan Pelaburan TH perlu melalui Bahagian Pengurusan Risiko, Jawatankuasa Penilaian Portfolio, Panel Pelaburan bebas yang ahlinya para profesional berpengalaman termasuk pakar undang-undang Syariah dan ahli-ahli perniagaan terpilih, dan Lembaga Pengarah yang mana ahli-ahlinya tidak terlibat dengan Panel Pelaburan, sebelum mendapat kelulusan daripada YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Jelas pengasingan kuasa (segregation of powers) telah diamalkan di TH bagi menjamin tiada berlaku penyelewengan di dalam pengurusan pelaburan dan perniagaan organisasi ini. Sebarang keputusan didalam sesuatu cadangan pelaburan tidak akan dilaksanakan sebelum kelulusan dibuat di setiap peringkat Jawatankuasa-jawatankuasa berkaitan.

Tambahan pula segala aktiviti pelaburan, perniagaan dan pengurusan yang dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan seperti TH adalah dipantau oleh Jabatan Audit Negara pada penghujung setiap tahun kewangan.

Perlu juga dijelaskan bahawa TH, dalam aktiviti perniagaannya terlibat dalam pelaburan yang berbagai corak dan bidang selain daripada menentukan semua aktiviti ini menepati dengan kehendak Syariah. TH sentiasa ingin menjamin pulangan jangka panjang yang menguntungkan pemegang kepentingan (stakeholders) TH.

Tidak boleh dinafikan ada juga pelaburan yang kurang mendapat keuntungan namun secara keseluruhannya keuntungan TH setakat ini amat jelas baik hingga mencecah lebih RM1 bilion selepas zakat.

Yang penting di sini adalah segala keputusan perniagaan dan pelaburan TH telah di buat melalui segala proses yang betul dan menepati prinsip-prinsip urus tadbir korporat yang digariskan.

Keunggulan TH telah mendapat perhatian beberapa perunding antarabangsa. Sebagai contoh pada 15 Ogos 2008, TH Plantations Berhad, satu anak syarikat TH, telah diiktiraf sebagai pemenang bagi Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG 2007 untuk sektor pertanian dan perikanan. Anugerah ini diwujudkan bagi mengiktiraf syarikat senaraian awam yang telah memberikan keuntungan ekonomi tertinggi kepada pelabur. Ini menunjukkan TH berkeupayaan menjana keuntungan ekonomi tertinggi dengan menggunakan modal perniagaan yang mantap.

Tahun 2009 pula menyaksikan TH mendapat pengiktirafan antarabangsa bila dinobatkan sebagai institusi penyumbang utama kepada sektor kewangan Islam di London Sukuk Awards.

TH juga telah mengambil inisiatif bekerjasama dengan syarikat tempatan di Tanah Suci untuk menyelesaikan masalah perumahan pada masa musim haji. TH sekarang memajak untuk jangkamasa panjang iaitu sehingga 25 tahun beberapa hotel dan bangunan penginapan di Makkah dan Madinah. Ini dapat membantu TH memberikan tempat penginapan yang selesa untuk para jemaah di samping membantu membendung kos perbelanjaan mengerjakan haji ke taraf yang terendah di rantau ini.

Faktor seperti kenaikan kos tempat penginapan dan kenaikan tambang penerbangan ke Tanah Suci adalah unsur-unsur yang di luar kawalan TH. Namun begitu, TH masih mencari jalan untuk membendung kenaikan kos ini sebaik mungkin.

Tahun lalu sahaja TH telah berbelanja sebanyak RM57 juta untuk memastikan yang jemaah Malaysia hanya perlu mengeluarkan kos sebanyak RM9,980 seorang untuk mengerjakan haji berbanding dengan jemaah dari rantau ini yang membayar kos perbelanjaan mengerjakan haji hampir RM15,000 seorang.

Nyata TH tidak lari dari matlamat asal penubuhannya. Dalam mempelbagaikan aktiviti perniagaannya, TH tidak mengenepikan kepentingan dan kebajikan para pendepositnya yang menabung di organisasi ini untuk menyimpan dana yang cukup untuk mengerjakan haji.

Perlu diingatkan bahawa dunia perniagaan tidak lagi seperti dahulu. TH perlu mempelbagaikan aktiviti perniagaannya bagi menjamin TH berdiri kukuh sebagai institusi kewangan Islam yang membantu memperkasakan ekonomi ummah. Ini selari dengan misi TH iaitu, "Tunggak kejayaan ekonomi ummah; pengurusan haji terbilang." Sehingga kini, TH berjaya memainkan peranannya oleh kerana polisi pelaburan dan pengurusannya yang baik.

Ini terbukti dengan rekod pencapaiannya di mana TH berjaya mengumumkan pembayaran bonus yang kompetitif kepada para pendepositnya. Tahun lalu, TH memberi pembayaran bonus pada kadar lima peratus kepada para pendepositnya yang melebihi 5 juta orang.

Kadar yang diumumkan adalah lebih baik daripada apa yang dapat ditawarkan oleh perbankan Islam di Malaysia. Dari segi pengurusan operasi haji pula, nyata TH cemerlang di bidang ini kerana organisasi ini diiktiraf oleh Arab Saudi dan beberapa negara-negara Islam sebagai terbaik dalam menguruskan jemaah.

Transformasi terhadap TH sentiasa berlaku mengikut peredaran masa dan keadaan perniagaan yang lebih mudah terpengaruh dengan keadaan ekonomi global. TH sedar akan perkara ini dan sentiasa mempertingkatkan kemampuannya dengan melaksanakan perancangan perniagaan yang strategik bagi memastikan segala pelaburan yang dilakukan memberi pulangan yang kompetitif untuk para pendeposit.

Saya yakin TH akan terus kukuh dan stabil untuk menunaikan matlamat penubuhannya. Saya juga percaya dan yakin pihak pengurusan yang sedia ada akan memastikan TH akan terus beroperasi sebagai satu institusi kewangan Islam yang berjaya di dunia perniagaan di samping memberi perkhidmatan haji terbaik di dunia dengan sokongan yang padu daripada Ahli Lembaga Pengarah, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.