saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 12/03/2010

KL perlu lebih sukarelawan


RAJA Nong Chik Raja Zainal Abidin bersama Nafisah Raja Nong Chik melihat kandungan bungkusan makanan yang disediakan sambil diperhatikan Nik Safiah Karim pada majlis pelancaran Dapur Mesra Pertiwi di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 11 Mac - Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) meminta lebih ramai warga kota menjadikan penglibatan dalam kerja-kerja kesukarelaan membantu golongan yang memerlukan sebagai budaya hidup.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, ini kerana nilai murni yang dimiliki setiap warga kota antara pelengkap dan sumber inspirasi kepada usaha kementerian untuk mencapai wawasan serta objektif termasuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya kelas pertama.

Sambil menjadikan Persatuan Pertubuhan Wanita Islam (Pertiwi) sebagai contoh dalam usaha murni itu, beliau berkata, untuk menjayakan Kuala Lumpur bandar raya kelas pertama tidak semestinya menerusi pembangunan fizikal seperti pembinaan bangunan pencakar langit semata-mata, tetapi turut mengambil kira nilai-nilai murni yang dimiliki warganya.

"Apa yang diharapkan seluruh dunia mengenali Kuala Lumpur kerana nilai murni serta tanggungjawab sosial yang dimainkan warganya.

"Perkara inilah yang pertama dilihat dan bukan semua yang menyedari bahawa gambaran sebenar kepada (kemajuan) sesebuah bandar raya adalah (budaya dan sikap) warganya sendiri," ujarnya pada sidang media selepas melancarkan perkhidmatan Dapur Mesra Pertiwi di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut isteri beliau, Datin Nafisah Raja Nong Chik; Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusof; Presiden Pertiwi, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim dan Presiden Kelab Rotary Diraja Kuala Lumpur, Datuk Rizal Sardon.

Menurutnya, usaha yang dijalankan Pertiwi adalah contoh terbaik yang terbit daripada kesedaran bahawa di sebalik keindahan dan kemewahan ibu kota yang tersergam indah, masih ada individu yang tidak cukup makan dan perlu diberi bantuan.

Sambil menyatakan pihak kementerian sedia maklum mengenai kemunculan golongan seumpamanya di sekitar ibu negara menjejaskan imej bandar raya, usaha seperti ini dilihat sebagai salah satu cara menangani masalah tersebut

"Apa yang jelas masalah ini tidak dapat diselesaikan oleh satu dua buah organisasi tetapi memerlukan kerjasama pelbagai pihak.

"Lebih penting usaha ini bukan sahaja mendidik generasi sekarang dan akan datang supaya terlibat dengan kerja-kerja kesukarelaan, dalam masa sama menyemai perasaan sayang dan menggerakkan mereka membantu golongan memerlukan," tegasnya.

Projek dengan kerjasama Kelab Rotary Diraja Kuala Lumpur itu menyediakan makanan asas kepada warga kota yang kelaparan, bukan kerana mereka malas atau mengharapkan bantuan, tetapi lebih kepada mereka yang tidak mendapat makanan yang cukup dan pemakanan sesuai.

Golongan sasaran projek itu ialah kanak-kanak, ibu bapa dan warga emas kurang berkemampuan.

Sebanyak 150 bungkus makanan akan diedarkan selama empat malam setiap minggu bermula minggu depan di tiga buah lokasi di ibu negara secara tetap iaitu di kawasan Chow Kit, Masjid India dan sekitar Jalan Tun H.S. Lee.

Bagi menjayakan projek ini, selain sumbangan daripada persatuan atau kumpulan serta individu dialu-alukan, tenaga sukarelawan juga diperlukan untuk membantu persatuan mengagih-agihkan makanan kepada golongan ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.